Lille tundukan Marseille, berkelebihan dua mata berbanding PSG di singgahsana Ligue 1 Perancis
PARIS: Penyerang dari Kanada, Jonathan David, menjaringkan dua gol lewat untuk membantu Lille menewaskan Marseille 2-0, sekali gus kekal berkelebihan dua mata berbanding Paris Saint Germain (PSG) di singgahsana Ligue 1 Perancis.
PSG kekal di tangga kedua selepas menewaskan Bordeaux 1-0 sementara Lyon kurang satu lagi mata di tangga selepas menang 1-0 menewaskan Rennes.
Monaco, di tangga keempat, ketinggalan tujuh lagi mata selepas tewas 0-1 di Strasbourg.
Lille, yang dibimbing Christophe Galtier, melanjutkan tempoh tanpa kalah kepada 10 perlawanan liga tetapi diberikan tentangan kuat oleh Marseille di Stade Pierre-Mauroy untuk hampir 90 minit permainan.
David dan Timothy Weah melihat cubaan mereka dalam separuh masa kedua ditepis penjaga gol Marseille, Steve Mandanda.
Tetapi Mandanda menepis cubaan Jonathan Ikone pada minit ke-90, David berada pada kedudukan tepat untuk menolak bola muntah.
Pemain berusia 21 tahun itu menambah jaringan tiga minit dalam masa kecederaan apabila menyempurnakan hantaran lintang Ikone untuk gol liga kesembilan beliau musim ini.
Lille berkunjung ke Monaco untuk perlawanan liga seterusnya dalam tempoh 11 hari ketika mereka terus mengintai kejuaraan utama sejak memenangi dua kejuaraan Ligue 1 dan Piala Perancis pada 2011.
PSG meraih kemenangan tanpa Neymar, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria yang digantung perlawanan untuk mengekalkan saingan.
Dengan penyerang Moise Kean juga tidak beraksi selepas diuji positif COVID-19, membolehkan Pablo Sarabia menjaringkan gol kemenangan.
Sarabia, yang membuat penampilan liga yang pertama dalam tempoh sebulan, membuka jaringan pada minit ke-20.
PSG kelihatan mempunyai selesa pada baki permainan, walaupun pemain sayap Bordeaux, Hatem Ben Arfa tidak bernasib baik apabila cubaannya sedikit tersasar dalam separuh masa kedua.
Pada awal hari yang sama, Houssem Aouar menjaringkan gol penyamaan buat Lyon pada perlawanan menentang Rennes di tempat sendiri.
Lyon, yang diikat oleh
Marseille pada hujung minggu, menamatkan permainan dengan gol tunggal pemain gantian, Aouar untuk gol liga kelima beliau musim ini.
“Gol kami muncul malam ini. Dalam separuh masa kedua, kemenangan selayaknya tetapi penjaga gol kami kelihatan tidak diuji,” kata jurulatih Lyon, Rudi Garcia.
Memphis Depay mensiasiakan peluang terbaik pada 45 minit pertama permainan apabila cubaannya pada minit akhir sebelum rehat diselamatkan penjaga gol Rennes, Alfred Gomis.
Tetapi Lyon mula kelihatan berbahaya pada minit ke58 selepas Aouar dan Tino Kadewere dimasukkan dari bangku simpanan, dengan Kadewere ada menjaringkan gol tetapi tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid.
Gol kemenangan hadir 16 minit sebelum tamat permainan apabila Depay mengumpan bola kepada Aouar untuk menjaringkan gol.
Kekalahan liga keempat berturut-turut untuk Rennes, yang beraksi dalam Liga Juara-Juara musim ini, menyebabkan mereka berada di tangga ke-10 dan enam mata dari slot kelayakan ke Eropah.
Impian kejuaraan Monaco kelihatan berakhir apabila rekod 12 perlawanan tanpa kalah dalam liga berakhir dengan kekalahan mengejut di Strasbourg.
Skuad kendalian Niko Kovac menguasai permainan tetapi hanya mempunyai satu cubaan tepat sebelum pemain pertahanan Strasbourg, Frederic Guilbert menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-91 untuk meletakkan pasukannya lapan mata di atas zon penyingkiran.
Pada perlawanan lain, Lens merampas tempat kelima liga dari Metz, yang tewas 0-1 kepada Angers, dengan kemenangan 3-2 di Saint Etienne sementara Nice menjarakkan kedudukan dengan kelebihan 10 mata dari zon penyingkiran dengan menewaskan Nimes 2-1.
Musim buruk Nantes berterusan apabila tewas 1-2 kepada Reims untuk kekal di tangga kedua dari bawah liga dan tiga mata dari zon selamat selepas Lorient seri 1-1 di Montellier. — AFP