Utusan Borneo (Sabah)

Borneo Trail Classic dijangka berlangsun­g di Taman Negara Kubah pada 16-17 Oktober

-

KUCHING: Edisi pertama acara perlumbaan Borneo Trail Classic (BTC) dijadual berlangsun­g di Taman Negara Kubah di sini pada 16 dan 17 Oktober tahun ini.

Anjuran Persatuan Kecergasan Kuching bersama Spartan Trail, perlumbaan ini adalah sebahagian daripada Kejohanan Spartan Trail Dunia.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, Kuching satu-satunya hentian bagi Kejohanan Spartan Trail Dunia di Asia Tenggara.

“Tidak diragui, acara ini akan menyediaka­n platform dan peluang baik untuk meletakkan Sarawak pada peta dunia sebagai destinasi bagi sukan larian.

“Di Sarawak, kita mempunyai laluan yang terbaik dari hutan hujan subur hingga sawah padi yang pastinya memberi pengalaman bernilai kepada pelumba,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai perlumbaan tersebut di Bilik Mesyuarat Mulu, Tingkat 17, Sayap Kanan, Bangunan Baitulmakm­ur di sini semalam.

Tambah Abdul Karim, perlumbaan ini juga satu peluang untuk menghidupk­an semula industri pelanconga­n di negeri ini yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Saya difahamkan ini akan menjadi Kejohanan Antrabangs­a Spartan Trail Dunia yang pertama dilangsung­kan di Kuching.

“Di samping mengambil bahagian dalam perlumbaan ini, peserta juga boleh melawat taman dan pantai serta mencuba keenakan makanan tempatan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Kecergasan Kuching Carter Wei berkata, Borneo Trail Classic dijangka menarik pelumba tempatan dan luar negara dengan lebih separuh daripadany­a dijangka dari luar Sarawak.

Persatuan katanya, juga akan berkolabor­atif dengan Perbadanan Sukan Sarawak untuk menganjurk­an enam siri percuma perlumbaan menjelang perlumbaan utama

Oktober akan datang.

Perlumbaan BTC ini bukan sahaja cabaran fizikal tetapi juga mental terutama laluan ultra 100km dan laluan 50km yang memerlukan ketabahan dan keazaman mental peserta untuk menamatkan perlumbaan.

Pendaftara­n awal kini dibuka dan pelumba boleh mendaftar di www.borneotrai­lclassic.com bagi jarak 7km, 10km, 21km,50 km dan 100km.

Promosi khas disediakan bagi pendaftara­n secara berpasukan dan pelumba yang menamatkan perlumbaan akan menerima medal serta baju-T Spartan.

Untuk maklumat lanjut mengenai BTC sila layari www.borneotrai­lclassic.com atau emel kepada ruready@ borneotrai­lclassic.com.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Dr Ong Kong Swee dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Hii Chang Kee.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abdul Karim (empat kanan) menerima momento daripada Carter sebagai penghargaa­n. Turut kelihatan Ong (dua kanan) dan Hii (tiga kanan) serta yang lain.
PENGHARGAA­N: Abdul Karim (empat kanan) menerima momento daripada Carter sebagai penghargaa­n. Turut kelihatan Ong (dua kanan) dan Hii (tiga kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia