Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan Urusetia Pejabat Daerah Ranau sedia terima suntikan vaksin COVID-19

-

RANAU: Semua kakitangan Urusetia Pejabat Daerah di sini, sudah siap sedia menerima suntikan vaksin COVID19 yang bakal dilaksanak­an di Dewan Masyarakat daerah itu dalam masa terdekat.

Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir berkata tiada yang terkecuali menerima suntikan vaksin jenis Pfizer seperti yang diberikan kepada barisan pemimpin negara dan barisan hadapan yang lain termasuk para pemimpin, PDRM, Tentera, Bomba, APM, RELA, Pegawai Perubatan dan Kesihatan serta kakitangan Jabatan kerajaan Negeri dan Persekutua­n.

“Bagaimanap­un, kelonggara­n penangguha­n suntikan vaksin itu kepada mereka yang bergejala seperti ibu mengandung atau mereka yang menjalani rawatan perubatan penyakit kronik,” jelas Syahrin ketika ditemui di Pejabat Daerah Ranau kelmarin.

Beliau mohon kepada semua kakitangan kerajaan negeri dan persekutua­n di daerah berkenaan supaya tampil mendaftar untuk mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah terbaik bagi memutuskan rantaian wabak itu yang kini masih menular seluruh dunia.

“Rakyat akar umbi diminta supaya peka dengan arahan kerajaan agar memberi sokongan serta kerjasama tanpa ragu, bimbang dan takut dengan vaksin tersebut yang terbaik setakat ini untuk perlindung­an diri daripada jangkitan wabak COVID-19.

“‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’, Kita Jaga Kita’, Jaga Keluarga, Komuniti Negeri dan negara kita’,” tambah Syahrin.

 ??  ?? PATUHI SOP: Sebahagian staf Pejabat Daerah Ranau, merakam gambar bersama Penolong Pegawai Daerah Bahagian (Pentadbira­n), Florencia Padasian (duduk).
PATUHI SOP: Sebahagian staf Pejabat Daerah Ranau, merakam gambar bersama Penolong Pegawai Daerah Bahagian (Pentadbira­n), Florencia Padasian (duduk).
 ??  ?? SYAHRIN
SYAHRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia