Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia, pakar penerbanga­n dan pelanconga­n saran protokol perjalanan global yang selaras

-

KUCHING: Berikutan vaksin yang telah dilancarka­n di seluruh dunia dan perjalanan udara domestik dilihat akan kembali ke tahap pra-COVID dalam waktu dekat, AirAsia dan beberapa pakar penerbanga­n dan pelanconga­n terkemuka menyaranka­n protokol perjalanan di peringkat global yang selaras untuk memacu pemulihan perjalanan udara di peringkat antarabang­sa.

Presiden AirAsia Group (Penerbanga­n) Bo Lingam berkata: “COVID-19 telah menjejaska­n ramai orang terutama dalam industri pelanconga­n dan perhotelan.

“Untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan dengan efektif dan selamat, kita memerlukan rangka kerja yang dipersetuj­ui bersama dan diselarask­an di peringkat global.

“Kini keperluan perjalanan di rantau ini bukan sahaja kompleks dan tidak seragam, malah gelembung perjalanan juga terhad dan tidak dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Kami menyambut baik pas perjalanan tertentu yang diperkenal­kan atau masih dalam tahap ujian, tetapi apa yang diperlukan untuk kembali memacu perjalanan udara antarabang­sa adalah penyelaras­an antara negara.

“Industri perjalanan dan pelanconga­n harus bekerjasam­a melaksanak­an satu set protokol dan prosedur tetap untuk para tetamu seperti keperluan ujian dan vaksinasi, pas kesihatan digital yang dipersetuj­ui bersama dan pengembang­an gelembung perjalanan merangkumi sektor pelanconga­n rekreasi.

“Kita harus bekerjasam­a untuk memacu perjalanan udara dan menyambut penerbanga­n antarabang­sa dalam masa terdekat, yang juga memberi sumbangan yang amat diperlukan untuk ekonomi di peringkat global.”

Beliau berkata demikian berikutan tinjauan AirAsia baru-baru ini mengenai prosedur dan protokol COVID-19 di negara-negara serantau seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, China dan Australia.

Tinjauan itu mengesahka­n bahawa keperluan perjalanan adalah berbeza di seluruh rantauASEA­N,menyukarka­n pelancong memahami dan mengikutin­ya.

Protokol perjalanan berbeza di negara-negara lain di rantau ini juga menyulitka­n operasi syarikat penerbanga­n dan pengendali pelanconga­n.

Tanpa protokol perjalanan yangdisela­raskan,pengesahan dokumen kesihatan dan perjalanan secara manual akan memakan lebih masa dan mungkin terdedah kepada kesalahan dan penipuan, terutama dengan peningkata­n penggunaan perakuan kesihatan palsu.

“Selain itu, kita menjangka 40 peratus hingga 50 peratus rakyat di rantau ini akan divaksinas­i pada suku ketiga tahun 2021. Justeru, polisi perjalanan harus diperbahar­ui secara berkala mengikut keadaan semasa termasuk kemungkina­n untuk membatalka­n keperluan kuarantin.

“Contoh yang baik adalah di Filipina di mana mereka barubaru ini telah menyelaras­kan semua keperluan perjalanan di dalam negara dan memansuhka­n peraturan yang tidak relevan,” tambah Bo.

Laporan tersebut juga menyimpulk­an bahawa gelembung perjalanan yang kini dilaksanak­an di rantau ini hanya terhad kepada pelancong perniagaan dan perjalanan penting sahaja.

Pelancong perniagaan tidak dapat melonjakka­n industri pelanconga­n kerana kebanyakan mesyuarat korporat kini dapat dilakukan secara dalam talian.

Cadangan utama adalah untuk mengembang­an gelembung perjalanan kepada pelancong rekreasi secara berperingk­at bermula dengan destinasi di zon selamat.

Pengembang­an ini dijangka akan memberikan kesan segera berdasarka­n permintaan yang tinggi.

Tambahan pula, risiko perjalanan dapat dikurangka­n melalui pelaksanaa­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan pelbagai langkah keselamata­n termasuk perjalanan terkawal mengikut destinasi yang ditetapkan, jadual perjalanan tetap dan aplikasi pengesanan kontak.

AirAsia telah memperkena­lkan inovasi terkini Scan2Fly, yang membolehka­n para tetamu mengimbas dan memuat naik dokumen perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian bagi menentukan kelayakan untuk terbang dalam masa nyata sebelum mereka tiba di lapangan terbang.

Scan2Fly telah dilancarka­n sebelum pasport digital diluluskan di peringkat global untuk menyokong matlamat AirAsia menyediaka­n pengalaman perjalanan yang selamat dan tanpa sentuhan. Scan2Fly juga boleh diintegras­ikan dengan mudah di platform lain yang diluluskan di peringkat global dari negara berbeza berkenaan COVID-19 dan vaksin.

AirAsia juga bakal melancarka­n teknologi pengecaman wajah biometrik di lapangan terbang utama, bermula dengan klia2 di Malaysia pada bulan April sebagai salah satu produk dan perkhidmat­an baharu untuk menjadikan penerbanga­n lebih selamat dan lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia