Tidak perlu khuatir dengan keselamatan vaksin COVID-19
Kerajaan telah memastikan vaksin itu selamat untuk digunakan dan melalui pelbagai kajian sebagaimana negara luar
KUCHING: Orang ramai tidak perlu ragu-ragu atau bimbang dengan keselamatan vaksin COVID-19 yang digunakan di negara ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata, kerajaan persekutuan telah memastikan vaksin itu selamat untuk digunakan dan melalui pelbagai kajian sebagaimana yang telah dilakukan oleh negara luar.
“Kerajaan tidak akan semudah-mudahnya menggunakan vaksin COVID-19 yang mereka suka sahaja kepada rakyat.
“Pemilihan sesuatu vaksin bukan satu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia. Justeru, vaksin yang diberikan kepada rakyat telah melalui proses penilaian ketat, ujian dan semakan dari pelbagai aspek,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menerima suntikan vaksin jenis Pzfier-BioNTech di
Klinik Kesihatan Sadong Jaya di sini, semalam.
Turut menerima suntikan vaksin itu ialah Ahli Dewan
UndanganNegeri(ADUN)Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo.
Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, pengambilan vaksinasi bukannya perkara baharu kerana banyak lagi jenis vaksin pernah diambil sebelum ini, misalnya Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan sebagainya.
“Meskipun dari segi pengisiannya agak berbeza, namun dengan usaha kerajaan melalui vaksin COVID-19 dapat mengurangkan penularan wabak ini dalam dalam kalangan rakyat,” ujarnya.
Ditanya mengapa memilih mengambil vaksin tersebut di Kesihatan Sadong Jaya, Nancy berkata, ia bagi memberi keyakinan kepada rakyat di kawasan
Parlimen Batang Sadong.
“Saya harap dengan pengambilan vaksin itu akan menjadi panduan untuk semua masyakat untuk mengikuti langkah yang sama,” katanya.
Terdahulu, Nancy meluangkan masa hadir pada majlis simbolik penyerahan Projek Siap Bina Baru Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sadong Jaya bernilai RM400,000 di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) Kerajaan Sarawak.
Beliau turut mengunjungi bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Iman yang siap dibina Ogos tahun lalu yang memuatkan 60 pelajar tahfiz dari sekitar Sadong Jaya.
Beliau juga menyerahkan bantuan baki 448 Tangki Air KawasaSadongJayamelibatkan 10 kampung di Sadong Jaya.
Pemilihan sesuatu vaksin bukan satu perkara mudah kerana melibatkan nyawa manusia. Justeru, vaksin yang diberikan kepada rakyat telah melalui proses penilaian ketat, ujian dan semakan dari pelbagai aspek. Datuk Seri Nancy Shukri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya