Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dibuka mulai semalam
SIBU: Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dibuka kepada orang awam mulai semalam.
Menurut satu kenyataan medianya semalam, pembukaan perkhidmatan Pustaka Sibu mengikut arahan kawalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pengguna yang datang ke Pustaka Sibu dikehendaki patuh kepada SOP yang telah ditetapkan.
“Semua pengguna dan pelawat diminta mendaftar di COVIDTrace/MySejahtera setiap kali mereka mengunjungi perpustakaan selain mengamalkan prosedur dengan membaca suhu semua pelawat dan kakitangan serta membersihkan kemudahan yang disediakan dengan kerap.
“Pihak pustaka Sibu turut menyediakan sistem beratur dan papan tanda yang jelas untuk memastikan jarak fizikal yang selamat dan semua pembaca diwajibkan duduk dengan jarak satu meter antara satu sama lain,” katanya.
Pustaka Sibu menasihati pengguna atau pelawat supaya tidak datang ke perpustakaan jika tidak sihat.
Selain itu, pengujung dalam kalangan kanakkanak wajib di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga sendiri.
Katanya, pihak Pustaka Sibu mengehadkan maksimum 10 kanak-kanak pada satu masa.
Selain itu, perkhidmatan Book Bear Pustaka Sibu juga telah dibuka dan berjalan seperti biasa.
Jelasnya, pengguna boleh melayari aplikasi Angka.sa2 yang boleh didapati melalui Google Play Store atau App Store dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari Isnin hingga Sabtu.
Sebarang pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi talian 084-315200 (Pembaharuan Pinjaman Buku) atau menghantar khidmat pesanan ringkas aplikasi WhatsApp 0138024095 (Perkhidmatan Book Bear/Pembaharuan Pinjaman Buku) atau 0198806966 (Komunikasi Korporat).