Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 penduduk hadapi pelbagai kesulitan

Jalan, jeti utama di Kampung Rancangan Kalabakan rosak teruk dan perlu dibaiki dengan segera

- Oleh Hamzah Sanudin

KALABAKAN: Kira-kira 1,000 penduduk berdepan masalah selepas jalan utama menghubung­kan mereka ke jeti utama Kampung Rancangan Kalabakan rosak teruk sejak lebih 30 tahun lalu.

Jeti berkenaan menjadi laluan utama penduduk untuk melakukan aktiviti harian termasukla­h tempat memunggah hasil laut, pertanian, sekolah, bekerja dan sebagainya.

Malangnya, laluan yang dianggarka­n kurang daripada 200 meter itu rosak teruk dan tidak pernah sekalipun diturap walaupun sudah beberapa kali memohon dengan pihak kerajaan.

Penduduk, Dullah Said, berkata masalah tersebut sudah lama dialami penduduk kampung walaupun kawasan itu menjadi laluan utama di sini.

“Walaupun permohonan sudah lama dikemukaka­n untuk diambil tindakan, namun sehingga kini belum ada pihak yang tampil membaiki jalan tersebut.

“Kami merayu pihak kerajaan supaya mendengar keluhan penduduk di sini kerana laluan tersebut bukan sahaja digunakan untuk aktiviti harian penduduk, malah digunakan pasukan penyelamat sekiranya berlaku kemalangan di sungai Kalabakan,” katanya.

Selain itu, katanya, jeti utama tersebut juga perlu dinaik taraf kerana keadaannya sudah semakin uzur dan perlu pembaikan segera.

“Banyak material kayu di jeti tersebut yang rosak kerana sudah terlalu lama dan kerap dinaiki air sungai sekiranya berlaku air pasang.

“Kami memohon jeti utama ini dapat dikonkrit supaya penduduk kampung boleh menggunaka­nnya setiap hari dengan selamat dan selesa,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jumatiah Jumari, berkata keadaan jalan yang semakin rosak ini menjadi satu kebimbanga­n mereka sekeluarga kerana boleh membahayak­an kanak-kanak yang bermain di depan rumah.

“Memandangk­an rumahrumah­pendudukbe­rhampiran laluan menuju ke jeti utama, dikuatiri kenderaan yang cuba mengelak lubang tidak melihat kanak-kanak yang ada di depan mereka.

“Malah, sekiranya musim kemarau habuk daripada laluan tersebut akan naik ke rumah dan setiap hari perlu dibersihka­n,” katanya.

Katanya, kalau dapat kerajaan bantulah penduduk di sini dan buatlah jalan itu dengan cepat kerana keadaannya sudah terlalu teruk.

“Jalan itu bukannya jauh pun berbanding dengan kawasan lain, saya rasa kerajaan tidak mempunyai masalah sekiranya mahu membaiki jalan tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen

Kalabakan, Ma’mun Sulaiman ketika melawat kawasan tersebut berkata pihaknya akan membuat usul untuk penambahba­ikan jalan dan jeti di Kampung Rancangan Kalabakan ini.

“Saya sendiri sudah melihat laluan ini sememangny­a sangat teruk, begitu juga keadaan jeti utama kampung tersebut dan memang perlukan pembaikan segera.

“Parlimen Kalabakan sangat prihatin dengan masalah penduduk di sini lebih-lebih lagi kedua-dua fasiliti itu menjadi laluan utama termasuk anakanak yang mahu ke sekolah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Ma’mun (dua kanan) mendengar keluhan daripada Dullah (kanan) berkaitan jalan tersebut.
TINJAU: Ma’mun (dua kanan) mendengar keluhan daripada Dullah (kanan) berkaitan jalan tersebut.
 ??  ?? UZUR: Jeti utama yang sudah uzur turut digunakan oleh murid-murid sekolah.
UZUR: Jeti utama yang sudah uzur turut digunakan oleh murid-murid sekolah.
 ??  ?? JUMATIAH
JUMATIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia