Utusan Borneo (Sabah)

Operasi bufet hotel, rumah penginapan dibenarkan: Masidi

Tertakluk kepada pematuhan SOP ketat ditetapkan pihak berkuasa

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju membenarka­n operasi bufet di semua hotel dan rumah penginapan berbayar yang mempunyai restoran dalam premis sendiri.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kebenaran berkenaan dilaksanak­an dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menurutnya, setiap premis restoran atau kafe harus menyediaka­n aplikasi MySejahter­a atau Sabah Trace atau buku catatan untuk merekod setiap pelanggan yang masuk dan setiap pelanggan menjalani imbasan suhu badan.

“Semua pelanggan harus menggunaka­n pelitup muka semasa mengambil makanan di kaunter hidangan dan sarung tangan plastik atau cecair pembasmi kuman disediakan untuk pelanggan selepas menggunaka­n sudu penghidang secara bergilir.

“Semasa beratur di kaunter, semua pelanggan harus mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter di antara setiap pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, restoran atau kafe dalam premis dibenarkan untuk beroperasi bagi semua perkhidmat­an penuh termasuk termasuk makan secara ala carte di premis, perkhidmat­an bilik dan bufet.

Selain itu katanya, restoran di hotel boleh menerima tetamu secara berkumpula­n dengan mengamalka­n penjarakan fizikal dan tertakluk kepada kapasiti sesebuah restoran itu.

Masidi berkata, waktu makan boleh dibuat secara berkala atau berjadual untuk mengelakka­n kesesakan atau orang berkumpul.

Dalam pada itu jelasnya, satu kluster baharu direkodkan di Sabah membabitka­n Kluster Taman Ria Enam di Tawau yang mencatat empat kes baharu menjadikan jumlah kumulatif positif COVID19 dari kluster berkenaan sebanyak 17 kes.

“Kes indeks adalah wanita berusia 46 tahun yang tidak bergejala, tetapi dikesan positif melalui saringan sebelum menjalani prosedur kemoterapi di salah sebuah pusat perubatan di Tawau.

“Hasil penelitian, kes indeks bersama ahli keluargany­a mengadakan makan malam yang disertai 20 orang di salah sebuah restoran pada 5 Mac lepas,” jelasnya.

Beliau berkata, Sabah merekodkan sebanyak 31 kes positif COVID-19 pada 17 Mac dan sebanyak 17 kes (54.8 peratus) dikesan dari saringan kontak rapat, satu kes (3.2 peratus) saringan bergejala, enam kes (19.4 peratus) saringan kluster baharu dan sedia ada serta tujuh kes (22.6 peratus) dari lain-lain kategori.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah sebanyak 54,001 kes dan dua kes kematian baharu direkodkan masing-masing satu kes di Kinabatang­an dan Sandakan.

 ?? — Gambar Sutera Harbour Resort ?? DIBENARKAN: Operasi bufet di semua hotel di Sabah kini dibenarkan.
— Gambar Sutera Harbour Resort DIBENARKAN: Operasi bufet di semua hotel di Sabah kini dibenarkan.
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia