Utusan Borneo (Sabah)

Pemeriksaa­n ketat SJR Bongawan, kenderaan bergerak lancar

Setiap pemandu diminta tunjuk surat majikan atau surat kebenaran

-

BONGAWAN: Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan Balai Polis Bongawan adalah antara yang sibuk berikutan ia merupakan sempadan memisahkan antara Zon 1 dan Zon 2 seperti diumumkan kerajaan negeri pada 3 Mac lepas.

Mengikut pengumuman kerajaan, kebenaran rentas daerah dibenarkan dalam zon yang sama, manakala rentas zon hanya dibenarkan jika mendapat surat kebenaran pihak berkuasa.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati SJR Bongawan yang dikendalik­an anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA agak sibuk sepanjang hari berikutan banyak kenderaan yang menggunaka­n laluan berkenaan.

SJR Bongawan merupakan sempadan antara daerah Papar dengan Beaufort di mana kedua-dua daerah berkenaan letaknya dalam dua zon berbeza.

Ketika tinjauan dibuat, lalu lintas berjalan lancar walaupun agak sesak berikutan semua kenderaan diperiksa dengan setiap pemandu diminta menunjukka­n surat kebenaran majikan atau surat kebenaran rentas zon.

Beberapa pengguna yang ditemui memuji kecekapan anggota yang mengendali­kan SJR Bongawan kerana walaupun terdapat banyak kenderaan melaluinya, namun pergerakan begitu lancar.

Pengguna, Robert William, berkata dia melalui SJR berkenaan setiap hari kerana tugasnya membawa lori mengangkut barangan keperluan harian, mendapati anggota polis dan Rela bertugas di situ gigih dan komited melaksanak­an tugasan.

“Biasanya waktu petang banyak kenderaan melalui SJR ini, tapi ia tetap lancar walaupun bergerak perlahan. Anggota bertugas pula tetap menunjukka­n sikap profesiona­lisme mereka walaupun berdiri berjam-jam lamanya mengikut syif.

“Malah ada anggota bertugas siap berpesan ‘hati-hati memandu’ ketika saya beberapa kali melalui SJR ini,” katanya, sambil mengakui pada minggu lepas berlaku kesesakan agak panjang dari kedua-dua hala sebelum sampai ke SJR berkenaan.

Beliau berkata, kesesakan yang berlaku sebenarnya bukti jelas bahawa anggota bertugas di SJR berkenaan melaksanak­an tugasan mereka tanpa kompromi.

Larangan rentas zon yang bermula pada 5 Mac lepas disambung sehingga 30 Mac ini, dengan terbahagi kepada enam zon.

Zon 1 membabitka­n Kota Kinabalu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar, manakala Zon 2 merangkumi daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang.

Zon 3 pula meliputi kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas, sementara Zon 4 ialah Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Tongod.

Dua lagi zon, iaitu Zon 5 masing-masing meliputi daerah Tawau, Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Kalabakan, sementara Zon 6 di kawasan pedalaman merangkumi daerah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Mengikut perangkaan yang dikeluarka­n kerajaan negeri pada Rabu, sejumlah 28 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam melibatkan pemeriksaa­n 11,562 kenderaan. Daripada jumlah tersebut, tujuh kenderaan diarah berpatah balik.

 ??  ??
 ??  ?? LANCAR: Semua kenderaan diperiksa ketika melalui SJR Bongawan yang merupakan sempadan Zon 1 dan Zon 2, namun lalu lintas bergerak lancar.
LANCAR: Semua kenderaan diperiksa ketika melalui SJR Bongawan yang merupakan sempadan Zon 1 dan Zon 2, namun lalu lintas bergerak lancar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia