Utusan Borneo (Sabah)

Jangan ada unsur sabotaj, berat sebelah

Peringatan Ruslan kepada para pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi

- Oleh Yap Siong Han

BEAUFORT: Jangan ada unsur-unsur sabotaj dalam kalangan pemimpin akar umbi, sebaliknya perlu fokus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Ruslan Muharam, berkata tidak dinafikan memang ada perbezaan dari segi fahaman politik, namun untuk berkhidmat kepada rakyat, tidak wajar menggunaka­n perbezaan kelompok, kaum atau agama sebagai penghalang.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Kampung (KK) dan ketua Masyarakat Cina (KMC) yang menerima watikah pelantikan.

“Anda semua dipilih untuk menerima dan menggalas tanggungja­wab yang diberikan, menjalanka­n amanah dan bersikap adil serta tidak mementingk­an sesetengah pihak,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua-Ketua Adat

Kawasan DUN Lumadan di sini, semalam.

Beliau menegaskan mereka yang dilantik bukan sahaja perlu menjadi lebih peka, tetapi juga perlu mengambil tahu perihal penduduk serta kampung di kawasan masing-masing. Selain itu katanya, tanggungja­wab sebagai Ketua Kampung juga adalah sebagai wadah penyampai hasrat dan aspirasi kerajaan dalam kalangan penduduk kampung.

“Ketua-ketua adat memainkan peranan menerangka­n program kerajaan yang dilaksanak­an di negeri ini, yang terkini ialah program vaksinasi.

“Ketua-Ketua Adat dikehendak­i menerangka­n kepada penduduk kampung perlunya bagi mereka menerima vaksinasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan juga menjelaska­n masih terdapat kampung yang belum ada pemimpin seumpamany­a, sambil berharap kampung berkenaan dapat bersabar.

 ??  ?? TAHNIAH: Ruslan (tiga kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ketua Adat bagi kawasan DUN Lumadan.
TAHNIAH: Ruslan (tiga kanan) menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ketua Adat bagi kawasan DUN Lumadan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia