Utusan Borneo (Sabah)

SABAH KOMITED TARIK PELABUR ASING

Kerajaan negeri akan kerjasama dengan sektor swasta, kata Dr Jeffrey

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah perlu menarik kemasukan pelabur asing bagi membangunk­an semula ekonomi negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, berkata seiring dengan usaha itu, kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan sektor swasta.

Katanya, ia termasuk menjalin kerjasama dengan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Sabah sekali gus membantu golongan yang kehilangan pekerjaan.

Menurutnya, apabila Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih kerajaan, pihaknya berdepan dengan tugas untuk memulihkan semula ekonomi.

“Dalam tempoh dua tahun, kita melihat penurunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah dari 8.2 peratus kepada 0.5 peratus.

“Ekonomi semakin merudum malah, kedai banyak yang ditutup sebelum penularan pandemik COVID-19.

“Walaupun negeri ini kaya dengan sumber asli, kita masih lagi menjadi negeri

termiskin dan keadaan ini perlu diubah,” katanya selepas Majlis Makan Tengah Hari bersama Hyway Group (Malaysia) Sdn Bhd di sini semalam.

Beliau berkata, kerajaan tidak mampu memulihkan ekonomi sendirian kerana bidang perniagaan sepenuhnya melibatkan sektor swasta.

Namun beliau berasa bertuah kerana pelabur masih melihat Sabah sebagai lokasi berpotensi bagi pelaburan

terutama dalam industri pertanian dan makanan.

“Misalnya, Sabah adalah pengeluar ketiga terbesar minyak sawit dunia dan negara ini adalah pengeluar terbesar koko, kopi dan makanan laut seperti timun laut dan rumpai laut,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur yang berpotensi dan kesemuanya menunjukka­n minat untuk membantu

Sabah.

Katanya, antara usaha yang perlu dibantu termasukla­h membangunk­an infrastruk­tur dan meningkatk­an kembali potensi pelanconga­n dengan pantai yang bersih, lokasi selaman yang bertaraf dunia dan alam semula jadi yang eksotik.

“Saya bangga menyatakan di bawah pemerintah­an kerajaan GRS, pelabur berasa lebih mudah untuk datang melabur di Sabah

berikutan tindakan kerajaan mengurangk­an ‘red tape’ atau kerenah birokrasi yang sentiasa menjadi penghalang untuk menarik pelabur.

“Pada masa sama, dalam kita mengalu-alukan kedatangan pelabur, peniaga tempatan akan turut dibantu dan kerajaan memberi jaminan untuk tidak mengabaika­n mereka. Ia kerana peniaga tempatan yang membantu Sabah,” katanya.

 ??  ?? PELABUR: Jeffrey (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil China Hyway Group Limited Wang Jing (dua kiri) pada majlis itu.
PELABUR: Jeffrey (dua kanan) menerima cenderahat­i daripada wakil China Hyway Group Limited Wang Jing (dua kiri) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia