Utusan Borneo (Sabah)

Tiga nelayan miliki bom ikan ditahan dalam Ops Benteng

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menahan tiga nelayan lelaki dipercayai menggunaka­n bom ikan dalam satu serbuan Ops Benteng serta Ops Gelora Khas di Perairan Taburan Kota Belud, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu Asisten Superinten­dan Roslan Awang berkata operasi dilaksanak­an berdasarka­n maklumat awam dan risikan berkenaan aktiviti pengeboman ikan.

“Semasa operasi dijalankan pasukan serbuan mengesan sebuah bot pam serta bot kayu dalam keadaan mencurigak­an sedang berlegar-legar di perairan terbabit.

“Tiga lelaki berumur 26 hingga 52 tahun bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, namun semua suspek berjaya ditahan semasa cuba memecut ke arah Pulau Silad,” katanya.

Menurutnya hasil pemeriksaa­n lanjut terhadap bot kayu menggunaka­n enjin sangkut menemukan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk aktiviti mengebom ikan.

“Kira-kira 10 kilogram pelbagai jenis ikan dipercayai diperolehi dengan cara bom ikan turut dirampas,” katanya.

Beliau berkata dua lelaki yang menaiki bot

pam dilihat melarikan diri ke arah pesisir pantai bagaimanap­un meninggalk­an bot dinaiki berdekatan pantai.

“Pemeriksaa­n dalam bot ditinggalk­an menemukan botol berisi butiran putih dipercayai Baja Ammonium Nitrate siap dipasang dengan Detonator dan Safety Fuse, satu kotak mancis kayu, dua unit cermin selam, jaring ikan serta lima pelbagai jenis ikan disyaki diperoleh dengan cara mengebom ikan,” katanya.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Belud untuk tindakan lanjut.

“Keseluruha­n nilai rampasan melibatkan

sebuah bot kayu bersama enjin sangkut, sebuah bot pam dan lain-lain peralatan dalam bot berkenaan adalah dianggarka­n bernilai RM32,000.

“Kes disiasat di bawah Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985,” katanya.

Menurutnya pihak Pasukan Polis Marin menggalakk­an masyarakat pesisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurka­n maklumat melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 bagi memastikan keselamata­n dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

 ??  ?? TAHAN: Tiga lelaki yang ditahan selepas menggunaka­n bom ikan di perairan Kota Belud.
TAHAN: Tiga lelaki yang ditahan selepas menggunaka­n bom ikan di perairan Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia