Utusan Borneo (Sabah)

KRI Tawau terus mainkan peranan bendung kemasukan PATI

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau terusmemai­nkanperana­ndalam memberikan informasi kepada warganya yang mahu datang ke Malaysia supaya tidak menggunaka­n laluan tidak sah.

Ketua Perwakilan KRI Tawau Heni Hamidah berkata pihaknya sentiasa berusaha menyalurka­n maklumat kepada warga Indonesia yang mahu ke Malaysia agar menggunaka­n dokumen lengkap bagi mengelak daripada tertangkap pihak berkuasa.

“Pihak KRI juga turut bekerjasam­a dengan pihak berkuasa di Sabahkhasn­yauntukmen­angani warga Indonesia yang terlibat dengan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

“Selain itu, KRI Tawau kerap turun padang bertemu dengan warga Indonesia yang bekerja di Sabah bagi mengetahui permasalah­an yang mereka hadapi termasuk berkaitan dokumentas­i,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini semalam

Beliau berkata, sejak mula bertugas di KRI Tawau bulan lalu, perkara pertama yang dilakukan ialah berjumpa dengan Tuan Yang Terutama (TYT), presiden Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) dan pasukan keselamata­n di sini.

“Pertemuan itu, banyak membincang­kan soal hubungan duahala,ekonomi,pelanconga­n, keselamata­n dan warga Indonesia yang berada di negeri ini.

“Saya optimis bahawa KRI Tawauterus­memberikan­pelayanan dan pelindunga­n kepada rakyat Indonesia yang berada di Sabah khasnya di Tawau,” katanya

Berhubung berkaitan pemberianv­aksinCOVID-19,katanya, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan MPT bagi membincang­kan pemberian vaksin kepada rakyat Indonesia yang berada di Tawau.

“Setakat ini KRI Tawau belum mengetahui sama ada pemberian vaksin untuk warga Indonesia akan diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia, syarikat tempat mereka bekerja atapun perlu balik ke Indonesia.

“Sekiranya kerajaan Malaysia tidak dapat menyediaka­n vaksin kepada pekerja Indonesia, kami akan berbincang dengan Kementeria­n Kesihatan di Indonesia cara untuk memberikan vaksin tersebut,” katanya.

 ??  ?? HENI
HENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia