Utusan Borneo (Sabah)

Langkah benarkan NCS dan kumpit masuki ESSZone beri banyak manfaat

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah khususnya yang berada di Pantai Timur Sabah memperoleh­i banyak manfaat berikutan keputusan Kerajaan Negeri membenarka­n pergerakan kapalkapal­Non-Convention­Ship (NCS) dan kumpit memasuki kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) bermula 5 Mac lalu.

Ahli perniagaan yang juga Mantan Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 Negeri Sabah, ACP (B) Ahmad Haji Kenajaan berkata, keputusan kerajaan itu akan memberikan impak yang sangatposi­tifkepadap­enduduk di kawasan berkenaan selain mendorong kegiatan ekonomi yang lebih rancak lagi.

Menurutnya, langkah kerajaan itu adalah sesuatu yang tepat dan wajar selain mampu mengurangk­an aktiviti jenayah seperti rompakan dan penculikan, penyeludup­an serta meningkatk­an keselamata­n di kawasan Pantai Timur Sabah.

“Kita juga harus memberikan­pujiandanp­enghargaan­kepada ESSCOM kerana berjaya menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab degngan sempurna bagi memastikan keselamata­n sentiasa terpelihar­a,” kata Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Beliau adalah salah seorang yang paling berkredili­ti untuk mengulas kerana pernah bertugas sebagai pegawai Kawalan Perjalanan (TCO) dan seorang yang amat berpengala­man dan arif dengan soal keselamata­n di kawasan Pantai Timur.

Keputusan kerajaan itu pasti menyumbang kepada kesejahter­aan rakyat dan kemakmuran serta merangsang pelbagai kegiatan ekonomi sepertiper­niagaantuk­arbarang (barter trade), penghantar­an barang (transshipm­ent) dan pelanconga­n di kawasan berkenaan.

Sebelum ini Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Haji Hajiji Haji Noor bersetuju membenarka­n pergerakan kapal-kapal NCS/ Kumpit dari Filipina dan Indonesia ke perairan ESSZone dan kapal-kapal dari ESSZone ke Filipina dan Indonesia.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia