Utusan Borneo (Sabah)

Sawit Kinabalu meterai MoU perkasa usaha konservasi

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi Sg. Pin (CAMP) inisiatif di bawah Projek Sabah EUREDDplus perkasa usaha konservasi­melaluiker­jasamaawam swasta di Kinabatang­an.

Pelaksanaa­nCAMPmener­usi Sawit Kinabalu Sdn Bhd (SKSB) adalah inisiatif Jabatan Perhutanan Sabah (SFD).

Majlis menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) CAMP dirasmikan oleh Ketua Konservato­r Hutan Frederick Kugan dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu Bacho Jansie di sini kelmarin.

Acara berkenaan yang sudah lama tertangguh berikutan pandemik COVID-19 turut menjadi permulaan bagi peranan rasmi Sawit Kinabalu dalam melaksanak­an aktiviti pemulihara­an di Kawasan Konservasi Sg. Pin.

Ia sebagaiman­a yang ditetapkan dalam MoU yang ditandatan­gani dengan SFD pada Oktober 2017 semasa Persidanga­n Antarabang­sa Jantung Borneo atau Heart Of Borneo (HOB).

MoU berkenaan berperanan penting bagi usaha pemulihara­an yang dilakukan oleh Kumpulan Sawit Kinabalu yang juga rakan projek utama dalam Projek Sabah EU-REDDplus, ‘Menangani Perubahan Iklim melalui Pengurusan Hutan Lestari dan Pembanguna­n Komuniti’ di Kinabatang­an.

Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi ini dikembangk­an khusus untuk pemilik tanah swasta disiapkan oleh pasukan pakar dari Pusat Penyelidik­an Hutan di Sepilok, adalah rujukan masa depan bagi perusahaan kelapa sawit lain yang menceburka­n diri dalam pemulihara­an.

Projek EU-REDDplus adalah projek selama lapan tahun (2014-2021) yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan objektif khusus untuk menyumbang kepada kelestaria­n dan pembanguna­n rendah karbon untuk Sabah di tiga tapak demonstras­i REDDplus iaitu di Gana Kota Marudu, Kinabatang­an dan kawasan Kinabalu Ecolinc.

Bacho dalam ucapannya berkata, Sawit Kinabalu akan menubuhkan unit khas yang dinamakan sebagai Konservasi dan Biodiversi­ti yang akan meneruskan kemajuan dalam usaha pemulihara­an bagi mencapai tujuan dan objektif Pelan Pengurusan Kawasan Konservasi.

Menurutnya, sejak 2003, pasukan Konservasi Sawit Kinabalu menanam lebih daripada setengah juta pokok bukan sahaja untuk perhutanan semula tetapi juga untuk pemerkasaa­n habitat.

“Kami tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan organisasi yang berkaitan seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Taman Hidupan Liar Tabin (TABIN), Borneo Rhino Alliance (BORA), dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk projek pemulihara­an akan datang.

“Ia dimulakan dengan Koridor Hidupan Liar Bagahak iaitu sebuah projek yang melibatkan pemulihara­an gajah di sekitar ladang di Bagahak Lahad Datu,” katanya.

Pihaknya berharap, dengan adanya CAMP, kawasan hutan konservasi yang bernilai tinggi dalam Kawasan Konservasi Sg. Pin yang digelar sebagai ‘Jantung Kinabatang­an’ terus dilindungi dan diuruskan dengan baik dalam beberapa dekad akan datang.

Ia sekali gus menjadi role model kepada para pemain industri kelapa sawit yang lain untuk menyumbang ke arah usaha pemulihara­an yang berjaya dan bertahan lama di Kinabatang­an sebagai sebuah ‘Koridor Kehidupan’.

Pada majlis itu, enam penerima dari Sawit Kinabalu dianugerah­kan Kad Pengesahan dan Sijil Kehormat Renjer Hutan daripada Frederick.

 ??  ?? MOU: Frederick (kiri) menyerahka­n buku CAMP kepada Bacho (kanan) sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Konservato­r Hutan (Perancanga­n dan Pengurusan) Fadzil Yahya (tengah) pada majlis itu.
MOU: Frederick (kiri) menyerahka­n buku CAMP kepada Bacho (kanan) sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Konservato­r Hutan (Perancanga­n dan Pengurusan) Fadzil Yahya (tengah) pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia