Utusan Borneo (Sabah)

JN Brother hulur sumbangan kepada pusat pengajian tahfiz, rumah anak yatim

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran Babussalam dan Rumah Anak Yatim serta Asnaf (Baitul Hidayah) di sini menerima sumbangan disampaika­n oleh JN Brother (m) Sdh Bhd.

Penyelaras Program Rozman Abd Latip yang mewakili Founder JN Brother Group (m) Sdn Bhd Johamri berkata Bantuan ini di sampaikan sempena acara tahunan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan memerlukan.

“Bantuan disampaika­n termasukla­h keperluan asas harian kepada Pusat Tahfiz, Rumah Anak Yatim dan tiga keluarga golongan asnaf termasukla­h Hafiz Darsah dari Kampung Landung Ayang Darat, Kamsah Khamis di

Landung Ayang Laut dan Chong Ket Min warga emas dari Kampung Barambonga­n Sikuati.

“Sumbangan disampaika­n sendiri oleh Johamri dan isteri kepada Pengetua Tahfiz AlQuran Babussalam Kudat Ustaz Agus V. Vikri kurniawan Mohd Hadidin Ustaz Agus sebagai mewakili 52 pelajar lelaki dan 14 perempuan.

“Imam Ramir Mohd Salleh Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Yatim (Baitul Hidayah) kudat pula menerima untuk 17 pelajar lelaki dan tujuh perempuan,” katanya.

Menurutnya kesemua sumbangan ini adalah bagi membantu meringanka­n beban dan memperkasa­kan nilai-nilai murni serta hubungan silaturahi­m dan ukhwah dengan penghuni pusat tahfiz alQuran dan rumah anak yatim serta golongan asnaf tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.

Beliau juga sempat berpesan kepada pelajar-pelajar tahfiz dan penghuni anak-anak yatim supaya sentiasa menjaga SOP dengan memakai pelitup muka, pensanitas­i tangan dan penjarakan fizikal serta mengamalka­n norma baharu.

Turut dihargai bantuan Pihak Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kudat yang membantu mengatur dan melancarka­n penyerahan sumbangan.

Hadir sama ialah wakil dari Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-anak Yatim Sabah Razak Baharom dan dua anak syarikat JN Brother JN Gold & Jewels dan Team JN Auto lpemaju Masyarakat Daerah Kudat serta Kapitan Cina Sikuati dan Kudat.

 ??  ?? RINGAKAN BEBAN: Sumbangan keperluan asas yang diagihkan di Kudat membantu meringanka­n beban golongan memerlukan.
RINGAKAN BEBAN: Sumbangan keperluan asas yang diagihkan di Kudat membantu meringanka­n beban golongan memerlukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia