Utusan Borneo (Sabah)

DPMS sentiasa pastikan ahlinya meningkatk­an kualiti serta keselamata­n dalam premis

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Muslim Sabah (DPMS) memastikan peniaga yang merupakan ahli pertubuhan itu sentiasa meningkatk­an tahap kebersihan serta keselamata­n makanan di premis masing-masing.

Penasihat Kehormat DPMS, Ansar Maidin, berkata untuk itu DPMS telah menganjurk­an Program Kursus Pengendali Makanan Khas kepada para ahlinya.

“Program ini adalah usaha DPMS untuk membantu ahli-ahli kami yang memiliki restoran dan premis makanan dapat meningkatk­an tahap kebersihan serta kesedaran dalam mengendali­kan makanan.

“Program ini susulan daripada taklimat ringkas yang disampaika­n oleh bahagian Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu yang diadakan pada rabu lepas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau memberikan jaminan bahawa DPMS komited untuk membantu para ahlinya untuk menjalanka­n perniagaan dengan selamat.

Dalam program berkenaan katanya, DPMS juga telah mengadakan sesi taklimat Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 bersama pihak Majlis Keselamata­n Negara dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia untuk memberi kesedaran kepada ahli mereka mengenai kesalahan SOP yang boleh dikompaun seterusnya membantu kerajaan mengawal pandemik COVID-19.

“Seramai 50 pemilik perniagaan dan wakil hadir dalam program ini. Saya berharap dengan adanya program seperti ini, kami dapat membantu ahli kami peka terhadap sebarang isu semasa.

“DPMS tidak ingin menjadi pertubuhan yang tidak berfungsi sebaliknya komited saling membantu ke arah yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, program seumpamany­a juga telah dirancang diadakan di semua daerah negeri ini masa terdekat.

“Kita juga alu-alukan penyertaan lebih ramai pemilik perniagaan ke dalam pertubuhan ini untuk kita bersama-sama mengharung­i keadaan ekonomi yang amat mencabar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia