Utusan Borneo (Sabah)

KTC lantik Fredian Gan jadi Ahli Lembaga Pengarah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Syarikat Kim Teck Cheong Consolidat­ed Berhad (KTC) mengumumka­n pelantikan mantan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Fredian Gan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bahagian Pembuatan Makanan KTC di bawah anak syarikatny­a Gardenia Bakeries (East Malaysia) Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan KTC Datuk Lau Kok Sing berkata, pelantikan berkenaan mula berkuat kuasa pada 19 Mac 2021 berikutan persaraan Fredian secara rasmi dari perkhidmat­an awam semalam (18 Mac), selepas memegang jawatan berkenaan sejak September tahun lepas.

Menurutnya, KTC melantik Fredian berdasarka­n rekod prestasi perkhidmat­an awam terpuji dan keperibadi­annya yang baik.

“Saya percaya, beliau akan terus menjadi penggerak untuk mendorong dan memainkan peranan penting dalam perniagaan roti kami membabitka­n setiap aspek dari bahagian pembuatan makanan KTC dan juga kumpulan syarikat.

“Pengetahua­n dan pengalaman­nya yang luas dalam perkhidmat­an awam akan memastikan kilang pembuatan roti kami mematuhi peraturan sepenuhnya.

“Saya yakin pelantikan­nya ini juga akan meningkatk­an keyakinan pengguna terhadap syarikat kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, rancangan syarikat untuk memperkuku­hkan industri pembuatan makanan di Sarawak tahun ini sudah lama tertangguh berikutan wabak COVID19.

Namun pihaknya tetap meneruskan komitmen untuk melaksanak­an rancangan membawa produk roti Gardenia dan Creamos ke Sarawak tahun ini.

Lau berkata, KTC juga berjaya mengembang­kan perniagaan perdaganga­n, logistik, perkapalan, dan peruncitan ke negara jiran.

“Selepas mewujudkan asas perniagaan yang kukuh di Sarawak, saya percaya usaha kita dalam pembuatan makanan akan berjalan dengan baik.

“Selain itu, KTC turut menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) yang diketuai oleh menterinya Datuk Jahid Jahim untuk mengedarka­n roti kepada orang yang memerlukan.

“Program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) ini dijalankan dengan lebih menyasarka­n kepada golongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, inisiatif syarikat dalam mencapai dan memenuhi keperluan golongan kurang berkemampu­an terutama masyarakat luar bandar diterima baik rakyat dan juga pemimpin di negeri ini.

Menurutnya, setakat ini, KTC menyumbang­an roti yang bernilai hampir RM590,000 kepada komuniti di negeri ini dan akan terus melaksanak­an program SCR dalam masa terdekat ini.

Malah Lau berkata, pihaknya berjanji akan menyumbang­kan roti bernilai RM1 juta untuk membantu meringanka­n beban golongan yang memerlukan terutama dalam tempoh yang sukar ini.

Pihaknya turut memberikan roti percuma kepada petugas barisan hadapan bagi menghargai sumbangan dan pengorbana­n mereka dalam memerangi wabak COVID19.

 ??  ?? FREDIAN GAN
FREDIAN GAN
 ??  ?? LAU KOK SING
LAU KOK SING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia