Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat diingat tidak lakukan pembakaran terbuka

Langkah ini amat penting bagi mengelak berlakunya musibah yang tidak diingini ketika cuaca kering sekarang

- Oleh Kepu Sidi

“Kerjasama daripada masyarakat awam amat penting bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka seterusnya mengelakka­n kemusnahan alam sekitar dan harta benda.” Mahmudin Narudin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

SARIKEI: Masyarakat diingat agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka terutama ketika cuaca kering pada masa ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, langkah ini amat penting bagi mengelak berlakunya musibah yang tidak diingini.

“Kerjasama daripada masyarakat awam amat penting bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka seterusnya mengelakka­n kemusnahan alam sekitar dan harta benda.

“Oleh itu kita berharap masyarakat dapat mematuhi peraturan dan tidak sesuka hati melakukan aktiviti pembakaran terbuka,” kata Mahmudin kepada media, semalam.

Mengulas berkaitan persediaan menghadapi sebarang jenis kecemasan pada musim cuaca panas ini, Mahmudin berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarikei sentiasa bersedia menghadapi musim kemarau.

“Dari segi kekuatan keanggotaa­n, seramai 56 anggota telah bersedia menghadapi kecemasan kebakaran pada musim kemarau.

“Daripada jumlah tersebut seramai 23 orang adalah pegawai bomba sepenuh masa, 13 pegawai bomba bantuan dan 20 pegawai bomba sukarela.

“Oleh itu, pelbagai sesi latihan dijalankan oleh pihak bomba bagi memastikan semua anggota bersedia dari segi fizikal dan mental,” katanya.

Katanya, dari segi logistik, bomba Sarikei telah memastikan ia sentiasa dalam berkeadaan baik dan berfungsi untuk digunakan semasa kecemasan.

“Bagi memadamkan kebakaran belukar atau kebakaran terbuka pada musim kemarau, sebanyak 48 hos telah disiap sedia.

“Selain itu, peralatan lain yang disediakan ialah empat ‘dividing breaching’, dua enjin pam jenis ‘Godvida Pump GP 10/10 dan empat alat pemukul api disediakan oleh pihak bomba pada masa kini,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, dari awal Januari 2021 hingga 14 Mac 2021, sejumlah enam kebakaran belukar dan dua kebakaran belukar dilaporkan dan direspons oleh pihaknya.

“Sebanyak enam lokasi kebakaran berulang melibatkan hutan, belukar, lalang, kebun dan sampah dikesan dari tahun 2019 hingga setakat ini iaitu di kawasan Meruton, Baji, Jakar, Sentebu, Sakam, Selalang, Jalan Minah dan Sare.

“Oleh itu, kita ingin menasihati masyarakat awam atau penduduk supaya jangan melakukan sebarang pembakaran terbuka, lebih-lebih lagi ketika musim kemarau,” tegas Mahmudin.

 ??  ?? MAHMUDIN
MAHMUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia