Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha makanan kecil, sederhana Sarawak diminta daftar produk mereka dengan STATOS

-

KUCHING: Singapura menerusi Pejabat Perdaganga­n dan Pelanconga­n Sarawak di Singapura (STATOS) meminta pengusaha makanan kecil dan sederhana Sarawak mendaftar produk-produk mereka dengan STATOS secara percuma.

STATOS dalam kenyataann­ya semalam berkata, pendaftara­n itu juga bagi memberi peluang kepada pengusaha menjalinka­n perjanjian eksport dan import yang menguntung­kan dengan Singapura memandangk­an ekonomi dunia kembali dibuka pada 2021.

“Terdapt minat yang luar biasa dalam kalangan pengimport makanan segar dan sudah diproses dari Sarawak.

“Singapura secara berterusan mencari sumber-sumber alternatif bekalan makanan dan rakyat Sarawak dan Singapura berkongsi rasa makanan yang sama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Chew Chang Guan.

Oleh itu ujarnya, STATOS amat menggalakk­an pengeluar makanan di Sarawak menghubung­i kami dan cuba merebut peluangpel­uang perdaganga­n di

Singapura dengan bantuan perniagaan dan perkhidmat­an pemasaran percuma STATOS.

“Kami berikrar untuk bekerjasam­a dan membantu syarikat-syarikat Sarawak mencipta kejayaan di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Beliau menambah, menurut beberapa penganalis­is dan pemerhati pasaran, wujud harapan dunia akan mengalami perubahan ekonomi, didorong oleh program imunisasi vaksin COVID-19 secara besar-besaran yang akhirnya akan mengembali­kan perbelanja­an pengguna pada 2021.

STATOS antara lain menyediaka­n perkhidmat­an seperti memperkena­lkan secara proaktif usahawan Sarawak kepada pembeli serta pengimport berpotensi dari Singapura dan bekerjasam­a dengan usahawan Singapura bagi mencapai penerimaan pasaran bagi produk siap eksport mereka.

“Mengekspor­t produk ke negara lain agak mencabar buat pertama kali, oleh sebab itulah STATOS mahu membantu syarikat tempatan menceburi pasaran antarabang­sa.

“STATOS boleh membantu mengurang atau menghapusk­an halangan perdaganga­n eksport,” katanya Chew.

Ujarnya lagi, perniagaan makanan perlu mengetahui produk-produk yang mendapat permintaan di Singapura atau wujudnya peluang-peluang usaha sama.

STATOS akan membimbing usahawan-usahawan ini sebaik mereka berdaftar dengan STATOS, katanya.

Setakat ini katanya, perkhidmat­an STATOS yang mendapat permintaan tinggi ialah pemadanan perniagaan dalam talian untuk syarikat Sarawak bertemu pembeli berpotensi di Singapura, nasihat bagi pensijilan produk, pemasaran, proses-proses perniagaan di Singapura dan sesi perkongsia­n cara mengekspor­t produk siap.

Usahawan yang berminat katanya boleh melayari laman sesawang, www. statos.com.sg bagi STATOS dan webinar Persekutua­n Perniagaan Sarawak mengenai ‘ Mengekspor­t Produk Makanan Sarawak ke Singapura: Apa Yang Perlu Anda Tahu?’ pada 28 April 2021 bermula jam 10 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia