Utusan Borneo (Sabah)

PERAIS terima baik saranan naikkan had kelayakan gaji maksimum penerima EPC

-

KUCHING: Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) menerima baik saranan kerajaan menaikkan had kelayakan gaji maksimum penerima bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC) daripada RM1,200 kepada RM1,500.

Presidenny­a Rapelson Richard Hamit berkata, namun PERAIS berharap agar kerajaan mempertimb­angkan agar had maksimum berkenaan dinaikkan sehingga RM2,000 iaitu pada paras kemiskinan di Malaysia.

“Hal sedemikian adalah kerana keadaan semasa kini di mana pendapatan di bawah RM2,000 adalah di bawah paras kemiskinan ditambah lagi dengan kos hidup semakin tinggi selain daripada pandemik COVID19,’’ katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.

Pada Selasa, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa pengumuman khas perutusan khas Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) turut mengumumka­n had kelayakan gaji maksimum bagi bantuan EPC akan dinaikkan daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan bagi membantu golongan OKU yang bekerja turut terjejas dalam tempoh yang sukar ini.

Muhyiddin berkata, inisiatif membabitka­n peruntukan berjumlah RM26 juta itu akan memberi manfaat kepada 5,000 orang kurang upaya (OKU) di negara ini.

Kerajaan persekutua­n juga bersetuju menambah RM20 juta bagi memperkuku­hkan program di bawah institusi seliaan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rapelson berkata, PERAIS juga menyokong saranan kerajaan persekutua­n untuk memberi peluang kepada golongan OKU mendaftar dan memperbaha­rui perniagaan mereka dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) secara percuma sebagai galakan menceburi bidang perniagaan.

“Ia di samping, Bank Simpanan Nasional (BSN) menyediaka­n RM25 juta di bawah Skim Mikrokredi­t Istimewa bagi golongan OKU menceburi bidang perniagaan dengan had pembiayaan sehingga RM50,000 dan kadar faedah serendah tiga peratus melalui program PEMERKASA ini,’’ katanya.

 ??  ?? RAPELSON
RAPELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia