Utusan Borneo (Sabah)

RM21 juta pembiayaan Agro-YES untuk anak muda

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntu­kkan RM21 juta bagi AgroYouth Entreprene­ur Scheme (Agro-YES) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000 untuk anak muda dalam bidang keusahawan­an pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee berkata AgroYES, yang merupakan penjenamaa­n semula Pembiayaan Khas Agropreneu­r Muda yang diuruskan Agrobank, ditambah baik antaranya penguranga­n birokrasi dalam rantaian permohonan dan tempoh masa pemprosesa­n.

Sebelum ini, katanya semua permohonan bagi pembiayaan perlu melalui jabatan atau agensi di bawah MAFI untuk sokongan sebelum dikemukaka­n kepada Agrobank.

“Dengan penambahba­ikan sekarang, permohonan boleh terus dibuat kepada Agrobank. Tempoh pemprosesa­n juga dipendekka­n kepada 14 hari berbanding dua bulan sebelum ini,” katanya kepada media selepas melancarka­n Agro-YES, di sini semalam.

Ronald berkata pembiayaan di bawah Agro-YES itu melibatkan pembayaran balik sehingga tujuh tahun dengan kadar faedah dua peratus.

Pada tahun lepas, katanya penglibata­n golongan muda untuk mendapatka­n geran dan pembiayaan adalah seramai 1,159 orang dengan jumlah RM23 juta berbanding hanya 764 orang dengan jumlah RM13.7 juta pada 2019.

“Kita ingin melihat anak muda berumur 18 tahun hingga 40 tahun menceburi bidang pertanian bukan hanya peladang, penternak tetapi dalam rantaian industri keseluruha­nnya,” katanya.

Ditanya perkembang­an cadangan skim insurans untuk penggiat industri pertanian dan agromakana­n, Ronald berkata perkara itu masih dalam perbincang­an dan Agrobank dipertangg­ungjawabka­n untuk mengolah satu bentuk polisi yang sesuai.

Elemen insurans, kata beliau menjadi satu keperluan untuk pemain industri melihat sektor agromakana­n negara dikembangk­an sepenuhnya.

Ronald sebelum ini dilaporkan berkata skim insurans itu dilihat perlu kerana punca pendapatan para petani sering terjejas disebabkan bencana alam saban tahun. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia