Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: 1,213 kes baharu dengan tiga kematian dilaporkan

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia terus merekodkan penurunan di bawah 2,000 dengan 1,213 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu juga, tiga kematian dan 1,503 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 312,461.

Sementara itu, jumlah kumulatif kes baharu setakat ini ialah 328,466 manakala jumlah kumulatif kematian pula ialah 1,223 orang.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini (semalam), 1,207 merupakan kes tempatan melibatkan 866 warga tempatan dan 341 bukan warganegar­a sementara enam lagi adalah kes import,” menurutnya dalam hantaran di akaun Twitter rasmi beliau.

Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif di negara ini pula ialah 14,782.

Dr Noor Hisham berkata Selangor masih merekodkan kes tertinggi iaitu 353 diikuti Sarawak (303) dan Johor (142).

Beliau berkata sebanyak 155 kes sedang dirawat di Unit Rawatan

Rapi (ICU) dengan 54 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya tiga kes kematian semalam melibatkan warga tempatan iaitu lelaki berusia 82 tahun dan 60 tahun, dengan masing-masing menghidap penyakit kronik manakala seorang lagi wanita berumur 59 tahun tanpa sebarang penyakit lain.

Dr Noor Hisham berkata selain itu, sembilan kluster baharu dikesan semalam dengan lima membabitka­n penularan di tempat kerja, tiga berkaitan komuniti dan satu melibatkan pusat tahanan, menjadikan jumlah keseluruha­n kluster kini ialah 1,276 dengan 428 kluster aktif.

“Kluster baharu membabitka­n tempat kerja yang direkodkan ialah Tapak Bina Persiaran Setia dan Tapak Bina Persiaran Sunsuria di Selangor, Jalan Wawasan Sembilan (Johor), Melamam (Sabah) serta Jalan Asuhan (Perak).

“Kluster baharu berkaitan komuniti pula adalah Sungai Atap (Sarawak), Kampung Padang Tembak (Sabah) dan Bunga Tanjung Bendahara (Kedah) manakala kluster yang melibatkan pusat tahanan ialah Depot Imigresen Semuja (Sarawak),” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia