Utusan Borneo (Sabah)

Vaksin Sinovac tidak perlu diragui, selamat digunakan

-

REMBAU: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memberi jaminan bahawa vaksin Sinovac selamat digunakan di negara ini dan tidak perlu diragui.

Beliau berkata ini kerana vaksin berkenaan telah mendapat penilaian daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dalam memastikan tahap keselamata­nnya sama seperti vaksin jenis Pfizer BioNtech yang telah terbukti keberkesan­an penggunaan­nya di negara ini.

Malah, Khairy berkata vaksin Sinovac itu juga telah diguna pakai di seluruh dunia dan sehingga kini lebih 60 juta dos telah disuntik selain turut menerima 27 Emergency Use Authorisat­ion di peringkat global termasuk di China, Indonesia, Turki dan Brazil.

“Ini jelas menunjukka­n bahawa banyak lagi negara lain yang turut mengakui tahap keselamata­n, keberkesan­an dan kestabilan­nya untuk diambil dan diberikan kepada penduduk mereka.

“Walaupun negara kita baru sahaja memberikan suntikan vaksin Sinovac ini tetapi sehingga 15 Mac, lebih 15 peratus dos global yang diberikan adalah

Sinovac,” katanya kepada pemberita selepas menerima suntikan pertama vaksin berkenaan di Pusat Pemberian Vaksin Hospital Rembau di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata dos kedua vaksin Sinovac akan diberikan dalam tempoh 21 hari selepas dos pertama vaksin itu disuntik, sama seperti vaksin jenis Pfizer BioNTech sebelum ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Khairy berkata kerajaan akan mempertimb­angkan untuk memberikan dos ketiga vaksin COVID-19 tahun depan sebagai penggalak (booster) sekiranya pandemik itu endemik.

“Ini juga sebagai satu strategi untuk kita menangani masalah varian sekiranya berlaku,” katanya.

Khairy turut menjelaska­n sekiranya terdapat lebihan vaksin, ia akan disimpan sebagai stok penimbal atas beberapa sebab.

“Sekarang ini kita sedang melalui fasa uji kaji klinikal terhadap remaja berusia 12 tahun hingga 18 tahun. Kalau didapati vaksin ini selamat bagi golongan tersebut maka kita akan melibatkan golongan remaja dalam program imunisasi ini, sebab itu kita perlu kepada stok penim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia