Utusan Borneo (Sabah)

14 pemburu haram termasuk polis ditahan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahka­n 14 pemburu haram termasuk pegawai serta anggotanya ditahan dalam satu serbuan di sebuah kem pembalakan kawasan Hutan Simpan Sapulut, iaitu kawasan hutan simpan kelas dua di Kalabakan Tawau, 15 Mac lalu.

Beliau berkata serbuan kira-kira jam 12.44 tengah hari itu dilakukan 15 anggota Pasukan Khas SFD Protect Jabatan Perhutanan Sabah dengan disertai Team Danum Maliau Imbak yang juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) hidupan liar.

“Semasa serbuan itu 14 lelaki ditahan dan pasukan serbuan turut merampas beberapa laras senjata api serta lima kenderaan pacuan empat roda.

“Turut dirampas ialah beberapa bangkai binatang yang sudah dipotong beberapa bahagian termasuk rusa dan khinzir dipercayai hasil perburuan haram terbabit,” katanya.

Katanya kesemua suspek bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan polis hasil permintaan Jabatan Hidupan Liar sebaik keterangan diambil.

Hazani berkata pihaknya menegaskan tiada sebarang unsur campur tangan berikutan beberapa suspek yang ditahan adalah anggota polis.

“Empat daripada suspek yang ditahan adalah dalam kalangan pegawai serta anggota polis dan saya tegaskan siasatan dijalankan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Hidupan Liar dan hanya dibantu PDRM serta Jabatan Perhutanan.

“Siasatan secara telus akan dijalankan oleh PDRM terhadap pegawai serta anggota terlibat dan kita masih menunggu laporan siasatan penuh daripada pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an orang ramai agar menghentik­an segala bentuk penyebaran berita palsu dan spekulasi yang boleh menjejaska­n nama baik PDRM.

Tambahnya, sebarang tindakan yang didapati menyebarka­n berita palsu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah Jenayah) dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

 ??  ?? HAZANI
HAZANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia