Utusan Borneo (Sabah)

PERKESO sampaikan bantuan kepada waris Khairul Anas

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) menyampaik­an bantuan pengurusan mayat kepada waris Muhammad Khairul Anas Abdu Gapal iaitu rakyat Malaysia yang meninggal dunia di Gwangju, Korea Selatan akibat radang usus pada 26 Feb lalu.

Ketua Pejabat PERKESO Tawau Joseph Immanuel berkata pihak prihatin terhadap semua pencarum dan buktinya hari ini meskipun hanya status bekas pencarum namun tetap menerima faedah bantuan.

“Arwah berumur 31 tahun, bujang dan kedua-dua ibu bapa meninggal dunia manakala adik-beradik lain telah melepasi syarat menerima faedah PERKESO, maka pihak kita hanya dapat memberi bantuan pengurusan mayat RM2,000 kepada waris.

“Seperti kelaziman Skuad PERKESO Prihatin mengambil langkah proaktif dengan membuat semakan caruman dan mendapati arwah layak menerima faedah PERKESO,” katanya ketika menyerahka­n replika cek kepada waris Khairul Anas.

Dalam pada itu, Joseph berkata pihaknya prihatin terhadap pencarum yang ditimpa musibah dan bersedia memberi bantuan.

“Kerjasama semua pihak khususnya anggota keluarga yang ditimpa musibah agar melaporkan ke pejabat PERKESO,” katanya

Sementara itu, Ramlee Abdu Gapal,40, abang kepada arwah menzahirka­n terima kasih atas setiap bantuan yang dihulurkan kepada keluargany­a dalam mengurus jenazah Khairul Anas yang berada di Korea Selatan sejak 18 lalu untuk bekerja kontrak.

“Pemergian adik menghadap ilahi hanya diketahui keluarga setelah dihubungi rakan serumah arwah di Korea dan mereka ini banyak membantu dalam proses pengurusan jenayah sehingga pada 10 Mac lalu jenazah tiba ke Tawau,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Joseph (kanan) menyerahka­n bantuan tersebut kepada waris Khairul Anas.
BANTUAN: Joseph (kanan) menyerahka­n bantuan tersebut kepada waris Khairul Anas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia