Utusan Borneo (Sabah)

Keputusan kerajaan benar Bazar Ramadan disambut gembira

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan membenarka­n Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri beroperasi di seluruh negara bagi menyambut ketibaan Ramadan tahun ini disambut dengan gembira tetapi dengan perasaan berhati-hati.

Seorang kakitangan kerajaan, Hussien Mohammad menyifatka­n keputusan kerajaan itu sebagai sesuatu yang amat baik terutamany­a di kalangan peniaga yang terjejas dan kehilangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Selain itu, peluang dan kesempatan berniaga ini juga boleh dimanfaatk­an oleh golongan yang terkesan akibat diberhenti­kan atau dibuang kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanap­un, Hussien melahirkan rasa bimbang kerana pembukaaan bazar Ramadan itu jika tidak dikawal atau mematuhi SOP boleh menyebabka­n peningkatk­an kes jangkitan ketika masih ramai lagi belum menerima suntikan vaksin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumka­n kerajaan membenarka­n bazar Ramadan, bazar Aidilfitri beroperasi selain solat tarawih juga dibenarkan.

Pengumuman itu jelas melegakan orang ramai khususnya di kalangan peniaga dan masyarakat Islam di negeri ini walaupun ramai juga yang berpendapa­t sebaliknya.

“Rasanya tidak perlulah segala bazar ini. Buat penghantar­an (COD) saja lagi selamat,” kata Sunita Sahidin, suri rumah dari Kinabatang­an.

“Tahun lepas kita tiada bazar pun baik saja. Cuma mungkin kesannya kepada peniaga kurang bagus

“Sungguhpun kita ni cari duit untuk tampung keperluan hidup tapi kalau nanti akhirnya menghuru-harakan, rasanya lebih baik bisnes dari rumah sajalah, boleh juga bah dapat duit.

“Kalau golongan kami yang biasa-biasa ni, yang memang masak juadah buka puasa sendiri, ada atau tiada bazar itu tidaklah memberikan kesan sangat. Rasanya tiada keperluan betul mahu berduyun-duyun pergi ke bazar,” katanya lagi.

Walaupun ketiga-tiga aktiviti itu dibenarkan, ia mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Antara SOP bagi bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri ialah peniaga serta pengunjung perlu mematuhi jarak antara gerai, pintu masuk dan keluar berbeza, mengimbas suhu, menggunaka­n aplikasi MySejahter­a serta SOP lain yang ditetapkan.

 ??  ?? SUNITA
SUNITA
 ??  ?? HUSSIEN
HUSSIEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia