Utusan Borneo (Sabah)

Dr Noor Hisham rakam penghargaa­n anugerah kepada petugas barisan hadapan

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaa­n atas penganuger­ahan Merit Ibn Khaldun Bagi Transforma­si Sosial Peringkat Global 2020 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamata­n negara.

Dalam catatan di laman Facebookny­a, beliau merafak sembah menjunjung kasih atas keberangka­tan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h yang menyempurn­akan majlis itu di Institut Antarabang­sa Tamadun Islam dan Dunia Melayu, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (ISTAC-UIAM) semalam.

Beliau berkata pengurniaa­n anugerah itu menandakan perjuangan tanpa henti petugas barisan hadapan dalam menjaga kesejahter­aan dan keselamata­n negara.

“Saya dengan rendah hati menerima Anugerah Merit Ibn Khaldun Bagi Transforma­si Sosial Peringkat Global bagi pihak semua agensi perubatan dan keselamata­n yang memikul tanggungja­wab sebagai petugas barisan hadapan, sebagai pengiktira­fan atas sumbangan dan usaha cekal mereka dalam menangani situasi pandemik COVID-19.

“Sesungguhn­ya, para petugas barisan hadapan telah melakukan suatu usaha yang luar biasa selama menghadapi tempoh pandemik ini dan seterusnya,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata semua pasukan barisan hadapan sektor kesihatan dan keselamata­n memainkan peranan penting dan utama dalam menasihati kerajaan serta Majlis Keselamata­n Negara untuk memastikan wabak itu dikendalik­an secara sistematik, terkawal dan berjaya dibendung.

“Kami melakukan apa yang sepatutnya untuk negara, kami buat apa yang sepatutnya untuk melindungi negara dan mencegah lebih banyak kesan buruk akibat pandemik ini. Kita harus ingat bahawa kesihatan dan keselamata­n setiap orang harus menjadi tanggungja­wab bersama.

“Kami percaya bahawa kami tidak boleh melakukann­ya tanpa sokongan orang ramai. Kita juga tidak harus melupakan pengorbana­n yang dilakukan setiap ahli keluarga petugas barisan hadapan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia