Utusan Borneo (Sabah)

Hoki: Sabah belasah Mutiara Juniors 9-0

-

KOTA KINABALU: Skuad hoki wanita Sabah terus cemerlang apabila membelasah Mutiara Juniors PSHA 9-0 untuk kemenangan kedua berturut-turutnya dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia 2021 (TNBMHL 2021) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Iren Hussin muncul wirawati dengan jaringan hatrik pada minit kelima, 10 dan 60.

Penjaring lain ialah Dayangku Arna Fazirah Awang Latip (m13, 25), Melanie Juim (m38), Inka Shafika Juani (m42), Nor Asfarina Isahyifika Isahhidun (m53) dan Sufiamira Basri (m56).

Jurulatih, Yahya Atan berkata, ia pencapaian yang membanggak­an tetapi menegaskan skuad bimbingann­ya masih dalam proses belajar.

"Pasukan bermain dengan sangat bagus dan pemain dapat manfaatkan peluangpel­uang yang tercipta. Lawan dari Pulau Pinang itu juga pasukan yang bagus tetapi mereka ketiadaan beberapa pemain utama di mana majoriti pemain mereka adalah pelajar tingkatan tiga dan empat.

"Kami jelas pasukan yang lebih berpengala­man berbanding mereka kerana kami sudah sertai kejohanan ini tahun lalu manakala ia adalah penampilan pertama Mutiara Juniors tahun ini. Jadi, kami manfaatkan keadaan itu.

"Saya juga melihat kemajuan prestasi pemain selepas dua perlawanan setakat ini. Bagaimanap­un, ia masih dalam proses belajar buat pemain dan saya harap mereka akanterus berusaha memperting­katkan prestasi terutama semasa mendapat pukulan sudut pendek," kata Yahya.

Pada perlawanan pertama Isnin lalu, Sabah menang 2-1 ke atas Young Tigress.

Apapun, cabaran lebih getir menanti Sabah pada perlawanan ketiga menentang PDRM Blue Warriors petang esok (Sabtu).

Mengutip maksimum enam mata dari dua perlawanan meletakkan Sabah di tangga kedua dan hanya dijarakkan oleh perbezaan jaringan dengan UniKK Ladies yang turut mengumpul enam mata ditangga teratas.

 ?? — Foto dari Persatuan Hoki Sabah ?? SERANG: Pemain Sabah melakukan ancaman di depan gawang Mutiara Junior pada perlawanan TNB Liga Hoki Malaysia di Bukit Jalil, Rabu lalu. Pasukan wanita Sabah menang perlawanan itu 9-0.
— Foto dari Persatuan Hoki Sabah SERANG: Pemain Sabah melakukan ancaman di depan gawang Mutiara Junior pada perlawanan TNB Liga Hoki Malaysia di Bukit Jalil, Rabu lalu. Pasukan wanita Sabah menang perlawanan itu 9-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia