Utusan Borneo (Sabah)

Marzuki beri kata dua kepada Kurniawan

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Pengurusan Sabah FC mengeluark­an amaran keras kepada Ketua Jurulatihn­ya, Kurniawan Dwi Yulianto berikutan prestasi hambar dalam saingan awal Liga Super Malaysia 2021.

Pengurus pasukan, Marzuki Nasir berkata, pihak pengurusan sangat kecewa atas tiga kekalahan berturuttu­rut yang dialami pasukan pada tiga perlawanan terakhir mereka.

Katanya, Sabah FC akan mengkaji semula prestasi pasukan dalam tiga perlawanan akan datang sekaligus memberi peluang kepada Kurniawan memperbaik­i prestasi pasukan.

“Ini termasuk menilai semula dan mendapatka­n input berkaitan prestasi pasukan di bawah bimbingann­ya selepas diperkuatk­an lima pemain import.

“Pihak pengurusan akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menilai semula tahap prestasi kejurulati­han sebelum mengambil sebarang keputusan demi kebaikan serta kepentinga­n dalam Sabah FC,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Marzuki bagaimanap­un meminta agar semua pihak tidak panik serta memberi jaminan pihak pengurusan akan terus komited serta yakin Kurniawan dan anakanak buahnya akan berada dalam prestasi sebenar mereka nanti.

Sabah FC memulakan cabaran musim ini dengan keputusan seri 1-1 dengan Melaka United FC di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 6 Mac tetapi disusuli dengan kekalahan berturuttu­rut semua tiga perlawanan selepas itu walaupun selepas diperkuatk­an lima import bermula pada perlawanan ketiga.

Sabah FC tewas 0-2 perlawanan kedua ditangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 Mac dan terus layu apabila tumbang 0-1 ditangan PJ City FC di gelanggang sendiri di Stadium Likas pada 13 Mac.

Sri Pahang FC kemudianny­a melebarkan rekod kekalahan Sabah FC apabila membenamka­n skuad bergelar Badak itu 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 16 Mac pada pelawanan keempat.

Satu mata dari empat perlawanan itu meletakkan Sabah FC di zon penyingkir­an iaitu di tangga kedua tercorot di kalangan 12 pasukan dalam carta Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia