Empangan terbesar di Sydney melimpah
Penduduk di kawasan tanah rendah di bahagian barat laut digesa berpindah ke kawasan selamat
SYDNEY: Sydney berdepan dengan banjir teruk sejak beberapa dekad semalam selepas hujan turun mengatasi rekod menyebabkan empangan terbesarnya melimpah dan semasa banjir menyebabkan arahan pemindahan besar-besaran di sepanjang pantai timur Australia.
Perkhidmatan kecemasan mengarahkan penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah di bahagian barat laut bandar agar pergi menyelamatkan diri mereka, ketika pihak berkuasa memberikan amaran mengenai satu situasi yang berkemungkinan “membahayakan nyawa” di wilayah New South Wales.
Ia muncul selepas Empangan Warragamba, yang menyediakan sebahagian besar dari air minuman untuk Sydney, melimpah keluar pada tengah hari Sabtu menyebabkan pihak berkuasa memberikana amaran bahawa Sungai Hawkesbury dijangka akan melimpah dari parasnya yang belum pernah dilihat sejak 1961.
“Ia adalah salah satu dari banjir paling besar yang kami mungkin akan lihat bagi satu tempoh masa yang sangat panjang,” kata pengurus operasi banjir Biro Meteorologi Justin Robinson.
Banjir telah naik di beberapa kawasan, menyebabkan pemindahan beramai-ramai, dan pihak berkuasa menyatakan seramai 4,000 orang lagi akan dimaklumkan agar meninggalkan kediaman mereka dalam masa beberapa hari akan datanag.
Pihak berkuasa telah menggesa penduduk agar mematuhi “beberapa” amaran pihak berkuasa yang dinyatakan di sekitar kawasan yang terjejas, dengan pembantu pesuruhjaya Perkhidmatan Kecemasan Negara Dean Storey menyatakan mereka yang berada di zon pemindahan “harus pergi dengan segera”.
Penduduk telah mula berkumpul di pusat pemindahan sementara di beberapa pekan di utara Sydney kelmarin ketika hujan lebat melanda sebuah wilayah pantai yang luas yang telah basah akibat musim panas yang lembap.
Perdana Menteri Negeri Gladys Berejiklian menyatakan wilayah tersebut sedang mengalami satu “kejadian sekali dalam 100 tahun” dan satu bencana negara telah diumumkan.
Di Taree, beberapa imej televisyen menunjukkan sebuah rumah terapung menerusi sebatang sungai yang melimpah, kira-kira 150 orang tidur di dalam sebuah auditorium tempatan semalaman yang sebelum ini pernah digunakan sebagai sebuah tempat perlindungan bagi orang awam yang menyelamatkan diri dari kebakaran hutan.
Ketua Eksekutif Club Taree Paul Allen menyatakan banjir sebagai satu “malapetaka”, memberitahu pihak penyiaran awam ABC bahawa beberapa penduduk tempatan telah “kehilangan segala-galanya.”
Biro Meteorologi menyatakan keadaan cuaca yang tidak menentu telah diramalkan akan berlaku semula di utara Sydney pada Isnin ini sebelum reda pada lewat minggu tersebut.
Keadaan akan ‘menjadi sangat teruk sekali lagi’, kata pakar klimatologi kanan Agata Imielska.
Rekod bagi penurunan hujan telah diramalkan akan berterusan berlaku dalam masa beberapa hari, tambah beliau.
Pihak perkhidmatan kecemasan melaporkan telah menerima lebih dari 7,000 panggilan bagi bantuan dan melakukan kira-kira 650 usaha menyelamat banjir sejak Khamis, dengan pasukan bantuan telah dipanggil dari wilayah lain.
Hujan dan banjir turut dijangka akan menangguhkan program suntikan vaksin koronavirus di Sydney dan kawasan sekelilingnya.
Australia dijangka akan memulakan fasa utama pertama bagi pengagihan vaksin pada Isnin walaupun program itu terlewat dari jadual waktu yang diumumkan oleh kerajaan disebabkan isu untuk membekalkan dan penghantaran. —