Tentera udara Turki lakukan serangan pertama terhadap zon utara Syria
BEIRUT: Pasukan tentera udara Turki melakukan serangan pertamanya dalam tempoh 17 bulan terhadap sebuah zon di utara Syria yang ditawan oleh militia Kurdis pada malam Sabtu, menurut sebuah badan pemerhati.
“Sebuah jet pejuang Tu r k i telah menyerang beberapa posisi tentera dari Syrian Democratic F o r c e s( S D F) di perkampungan Saida di pedalaman Ain Issa … yang menyebabkan letupan kuat,” menurut Syrian Observatory for Human Rights (SOHR).
“Ini adalah serangan udara yang pertama sejak “Operation Peace Spring”, tambahnya lagi, satu kempen ketenteraan pada Oktober 2019 yang dilancarkan oleh Ankara dan para sekutu Syria terhadap SDF di utara Syria.
Operasi tersebut, terganggu selepas dua perjanjian yang dirundingkan olehAnkaradengan Washington pada mulanya, dan Moscow, membenarkan Turkey untuk merampas kawalan terhadap sebuah “zon selamat” di dalam Syria kirakira 120 kilometer panjang dan sedalam 32 kilometer.
Perkampungan Ain Issa, bagaimanapun, masih berada di tangan pasukan tentera Kurdish.
“Serangan udara berlaku pada hari yang sama ketika “pertempuran ganas” dan “tembakan roket yang sengit” di barisan hadapan bagi daerah Ain Issa di antara pasdukan tentera SDF dan puak-puak yang dibantu oleh Turki, menuirut SOHR, sambil menambah terdapat kematian atau kecederaan yang disahkan.
“Pertempuran di antara kedua-dua pihak telah berlangsung selama 24 jam lepas… pasukan tentera Turki menghadapi kesukaran mara ke depan sejak SDF memusnahkan sebuah kereta kebal Turki,” pengarah bagi SOHR, Rami Abdul Rahman, memberitahu AFP.
Unit Perlindungan Rakyat yang diketuai oleh pihak Kurdish Syria, yang membentuk satu komponen penting bagi SDF, telah dianggap oleh Turki sebagai satu “kumpulan kecil pengganas” bagi kumpulan penentang Kurdistan Workers’ Party. —