Mbappe pemain termuda mencatatkan rekod gol ke-100
PARIS: Kylian Mbappe mencatatkan rekod gol ke100 sementara Juventus menyaksikan harapan untuk gelaran juara Serie A menghampiri penamat.
Kylian Mbappe selalu tangkas, sama ada berlari melepasi pemain lawan dalam padang mahupun dalam meraih trofi. Pemenang piala dunia sejak zaman remaja dan sudah empat kali dinobatkan juara Liga 1, pada Ahad lalu Mbappe menjadi pemain termuda yang berjaya merekodkan gol ke-100 dalam pasukan teratas Perancis semasa Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan pasukan lawan Lyon dengan 4-2.
Berusia 22 tahun, Mbappe muda lebih setahun daripada pemain pasukan SaintEtienne Herve Revelli yang mengumpulkan 100 gol pada 1969, menurut berita sukan harian L’Equipe. Just Fontaine pula berusia 24 tahun semasa beliau menjaringkan gol ke 100 dalam pasukan Reims pada 1958, tahun yang sama beliau merembat 13 gol untuk Perancis semasa Piala Dunia di Sweden.
Semuanya nampak indah buat
Bayern Munich, dengan kemenangan 4-0 kepada Stuttgart dan mengekalkan mereka empat mata di puncak Bundesliga melepasi RB Leipzig dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara minggu lalu.
Sungguhpun begitu, ketegangan membuak di antara jurulatih Hansi Flick dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic. Beberapa spekulasi mengaitkan Flick tidak lama lagi akan meninggalkan pekerjaan itu, serta tidak mempedulikan beberapa orang pemain yang ditandatangani Salihamidzic.
Pada Sabtu, pemain tengah kelahiran Sepanyol Marc Roca menandatangani pada awal musim – telah ditinggalkan di bangku sungguhpun Joshua Kimmich tidak hadir dalam padang. Namun David Alaba diganti sebagai pemain tengah tetapi Lucas Hernandez yang juga ditandatangani kelab juga dibiarkan di bangku walaupun pemain pertahanan Alphonso Davies meninggalkan padang awal.
Dengan 10 pemain Bayern masih melangkah mudah, menyaksikan Robert Lewandowskime menjaringkan hatrik dan mencatatkan 35 gol dalam 25 permainan liga musim ini.
Manakala harapan untuk membawa pulang Scudetto untuk 10 kali berturut-turut lenyap apabila mereka jatuh dikalahkan 0-1 di padang sendiri kepada Benevento, keputusan yang membesarkan jurang 10 mata daripada pendahulu liga Inter dengan berbaki 11 perlawanan.
Kekalahan itu menyusul selepas penyingkiran mereka daripada 16 akhir Liga JuaraJuara kepada Porto dan ini bermakna musim pertama bimbingan Andrea Pirlo gagal, namun mereka masih berpeluang dalam final Coppa Italia menentang Atalanta Pada Ahad, Pirlo diatasi ahli sepasukan lama AC Milan beliau, Pippo Inzaghi, yang kini menjaga Benevento. Adakah Pirlo masih kekal pada musim depan? Dan akan Cristiano Ronaldo pergi mahupun kekal untuk tahun terakhir kontraknya. Bekongsi nasib yang sama, Borussia Moenchengladbach menelan perit tujuh kekalahan berterusan sejak jurulatih Marco Rose mengumumkan pemergian beliau dalam musim panas yang akan datang untuk Borussia Dortmund. Mereka amat memerlukan perlawanan menentang pasukan tercorot Schalke dan kemenangan malap 3-0 dalam pasukan lemah Bundesliga pad Sabtu lepas untuk mengembalikan harapan kejohanan Eropah mereka.
Sementara kelab itu masih mencari pemangku Rose, laporan menyatakan mereka telah memilih Xabi Alonso, bekas pemain Liverpool, Real Madrid dan Bayern itu kini sedang menjalankan tugas jurulatih di Real Sociedad. — AFP