Andy Jong terus diberi mandat menerajui NSJA
MIRI: Ketua wartawan Sin ChewDailyNews,AndyJong sekali lagi diberikan mandat untuk kekal menjawat jawatan presiden Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA) bagi penggal 20212022.
Pelantikan Andy ke jawatan itu telah diumumkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa Bagi Penggal 2021-2022 persatuan itu yang berlangsung di sini semalam.
Andy yang menjadi presiden NSJA sejak 2017 telah mendapat sokongan sebulat suara daripada ahli yang hadir.
Turut mengekalkan jawatan sama sebagai naib presiden bagi penggal baharu ini ialah Rosemaria Buma daripada Utusan Borneo.
Empat ahli Exco yang turut dipilih pada mesyuarat itu terdiri daripada Michelle Choo sebagai setiausaha, Mohd Aliff Idzwan Abdullah (penolong setiausaha), Chai Chon Chin (bendahari) dan Esther Ching (penolong bendahari).
Manakala sembilan ahli jawatankuasa lain yang turut dipilih terdiri daripada Cindy Lai Pek Sian (Borneo Post), Lee Cheng Choi (See Hua Daily News), Huang Ung Key (See Hua Daily News), Catherine Igang (RTM), Noriza Jau (RTM), Alan Yong (Sin Chew Daily News), Liew Li Mui (United Daily News), Margaret Ringgit (New Sarawak Tribune) dan Liong Chai Ling (Utusan Sarawak).
Sementara Rick Wong daripada See Hua Daily News dipilih sebagai juruaudit untuk penggal baharu ini.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Andy memberitahu bahawa NSJA telah menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang tahun lalu walaupun dilanda pandemik COVID-19.
“NSJA telah mengadakan banyak program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahun lalu yang telah menerima banyak maklum balas positif daripada masyarakat.
“Selain itu, NSJA juga telah mengambil inisiatif melaksanakan projek CSR yanglainsepertimewujudkan ikon untuk bandar raya Miri dengan slogan ‘Sayangi Miri’ sebagaimana yang telah diumumkan pada majlis makan malam jamuan ulang tahun ke-45 NSJA tahun lalu,” ujarnya.
Katanya, projek membangunkan ikon itu akan menelan belanja RM45,000 dan dana untuk projek berkenaan telah berjaya dikumpul namun terpaksa ditangguhkan tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19.
Sehubungan itu, Andy berharap projek tersebut dapat dilaksanakan pada tahun ini agar ia dapat memberi impak yang besar kepada sektor pelancongan tempatan.