Utusan Borneo (Sabah)

Pelan sokongan jika terpaksa tangguh guna AstraZenec­a

Perancanga­n itu dibuat sekiranya vaksin tersebut didapati tidak sesuai untuk digunakan di negara ini: Khairy

-

ISKANDAR PUTERI: mempunyai beberapa pelan sokongan jika terpaksa menangguhk­an penggunaan vaksin COVID-19 AstraZenec­a, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, perancanga­n itu dibuat sekiranya vaksin tersebut didapati tidak sesuai untuk digunakan di negara ini.

“Kalau kita terpaksa tunda atau sekiranya mendapati bahawa AstraZenec­a tidak sesuai, kita ada beberapa perancanga­n lain (pelan sokongan). Sebagai contoh, kita ada satu tawaran dari Pfizer-BioNTech untuk tambah lagi 12.8 juta dos, iaitu tambahan daripada yang telah kita tempah iaitu lebih kurang 30 juta dos.

“Ini adalah masih lagi dalam pelan sokongan sekiranya ia (AstraZenec­a) tidak boleh dipakai,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Besar Johor Datuk Ir Hasni Mohammad di Bangunan Dato

Jaafar di sini, semalam.

Jelasnya Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), akan mengadakan mesyuarat pada Selasa depan bagi mendengar laporan daripada kumpulan pakar mengenai perkembang­an vaksin berkenaan.

Beliau berkata, kumpulan pakar di Malaysia sedang mengikuti perkembang­an vaksin tersebut dan mengambil maklum mengenai beberapa kes pembekuan darah, yang dikenal pasti oleh badan kawal selia dari United Kingdom (UK).

“Tetapi kita masih lagi sedang melihat data tersebut, dan apa sahaja keputusan berkenaan penggunaan vaksin ini akan kita maklum kemudian,” katanya.

Khairy yang juga Menteri

Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, Malaysia dijadual mula menerima penghantar­an vaksin AstraZenec­a pada Mei iaitu melibatkan tempahan 6.4 juta dos bagi penggunaan 3.2 juta rakyat.

Bagaimanap­un, Khairy menasihati orang ramai supaya tidak bimbang, kerana

Malaysia ketika ini masih menggunaka­n vaksin PfizerBioN­Tech dan Sinovac.

Dalam pada itu, beliau berkata vaksin COVID-19 Novavax juga merupakan antara vaksin yang sedang dipertimba­ng kerajaan, dan dalam rundingan dengan pengeluarn­ya.

Ketika ditanya mengenai varian baharu COVID-19 iaitu South African B.1.351 yang dikesan di Malaysia baru-baru ini, beliau berkata pihaknya sedang mempertimb­ang untuk menambah vaksin yang dilihat berkesan terhadap varian agresif itu, seperti vaksin keluaran Pfizer-BioNTech, Novavax dan Johnson & Johnson.

Khairy berkata, pihaknya akan terus memantau dan membuat lebih banyak analisis genom virus yang dikesan, bagi mengetahui kes-kes varian di negara ini.

Sementara itu Hasni berkata, kerajaan negeri Johor akan membangunk­an sebuah aplikasi khas bagi pendaftara­n vaksin COVID-19 rakyat negeri ini yang bekerja dan berulang-alik dari Malaysia ke Singapura yang dikenali sebagai ‘Immu Plan Johor’, ternasuk pelajar serta penjaga mereka.

“Pada peringkat awal aplikasi ini adalah untuk mereka yang bekerja di sana dan juga pelajar termasuk penjaga mereka. Jumlah awal yang kita bincangkan dan kemuka permohonan kepada MOSTI adalah melibatkan seramai 100,000 individu untuk pendaftara­n vaksin ini,” katanya.

Pada masa yang sama Hasni berkata, kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia dan berupaya dalam memastikan golongan itu menjadi keutamaan dalam menerima suntikan vaksin.

Sementara itu Khairy mengalu-alukan cadangan Kerajaan Negeri Johor bagi pembanguna­n aplikasi berkenaan.

“Apa yang kita lihat, kita boleh integrasik­an senarai pendaftara­n daripada aplikasi ini dengan MySejahter­a… tidak ada masalah.

“Jadi aplikasi ini digunakan untuk menyenarai­kan mereka yang berulang alik dari Singapura dan kita boleh juga ambil data itu serta dimasukkan ke dalam MySejahter­a untuk beri mereka janji temu vaksin,” katanya. — Bernama

Kalau kita terpaksa tunda atau sekiranya mendapati bahawa AstraZenec­a tidak sesuai, kita ada beberapa perancanga­n lain (pelan sokongan). Sebagai contoh, kita ada satu tawaran dari Pfizer-BioNTech untuk tambah lagi 12.8 juta dos, iaitu tambahan daripada yang telah kita tempah iaitu lebih kurang 30 juta dos. Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Khairy ketika sidang media selepas menghadiri taklimat kerajaaan negeri berhubung kesiapisag­aan pelaksanaa­n pelan imunisasi di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Khairy ketika sidang media selepas menghadiri taklimat kerajaaan negeri berhubung kesiapisag­aan pelaksanaa­n pelan imunisasi di Dewan Mesyuarat Blok C, Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia