Utusan Borneo (Sabah)

KKM akan kenal pasti faktor ramai rakyat masih belum daftar vaksin

-

SEGAMAT: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan mencari dan mengenal pasti faktor yang menyebabka­n sebahagian besar rakyat di negara ini masih belum mendaftar untuk suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata KKM menyasarka­n 70 hingga 80 peratus penduduk Malaysia mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, namun sehingga kini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a.

“Saya tidak berpuas hati lagi. KKM masih belum berpuas hati, kemungkina­n besar KKM akan mencari punca sebab apa mereka tidak daftar. Adakah kempen tidak cukup kuat atau mereka takut atau mahu tunggu dan lihat? Ada juga yang dakwa vaksin begitu begini.

Atau adakah mereka tidak dapat liputan aplikasi MySejahter­a di kawasan masingmasi­ng atau kurang pengetahua­n. Setakat ini, 7 juta (yang berdaftar) masih rendah,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Malaysia Prihatin Vaksinasi COVID-19 ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ Peringkat Daerah Segamat di sini, semalam.

Katanya, KKM berharap mereka yang mendaftar akan meningkat sebelum fasa kedua suntikan vaksin COVID19 bermula 17 April ini bagi mengelak kesulitan berlaku di fasa akhir pemberian suntikan vaksin berkenaan.

Dr Adham berkata pendaftara­n secara manual di pejabat kesihatan, klinik kesihatan, hospital kerajaan dan swasta juga telah dibuka bagi memudahkan penduduk yang tidak mempunyai kemudahan teknologi dan capaian internet untuk mendaftar bagi mendapatka­n vaksin yang diberi secara percuma.

Dalam pada itu, beliau berkata keberkesan­an suntikan vaksin telah terbukti apabila statistik petugas kesihatan yang dijangkiti COVID-19 menunjukka­n penurunan.

Katanya 6,087 kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan petugas kesihatan direkodkan sehingga semalam dengan jururawat dicatatkan jumlah yang tertinggi iaitu 2,276 kes atau 37 peratus diikuti pegawai perubatan 816 kes atau 13 peratus. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Dr Adham melawat ruang pameran ketika hadir pada Program Malaysia Prihatin Vaksinasi COVID-19 ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ Peringkat Daerah Segamat di Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Dr Adham melawat ruang pameran ketika hadir pada Program Malaysia Prihatin Vaksinasi COVID-19 ‘Lindungi Diri, Lindungi Semua’ Peringkat Daerah Segamat di Dewan Serbaguna Taman Yayasan, Segamat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia