Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak

-

KUCHING: Tiga lagi kluster baharu jangkitan COVID19 diisytihar semalam di Sarawak iaitu di daerah Sri Aman, Meradong dan Matu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster tersebut ialah Kluster Tembok di Sri Aman, Kluster Sungai Mupong di Meradong dan Kluster Sungai Rassau di Matu.

Mengulas lanjut mengenai KlusterTem­bokSriAman,kata Uggah, kes positif pertama bagi kelompok ini adalah tahanan di

Penjara Pusat Sri Aman di mana mereka ditempatka­n di penjara sejak 28 Mac 2018.

“Kes telah positif pada 1 April 2021 sebelum menjalani proses pelepasan (parol),” katanya pada sidang media perkembang­an COVID-19 di sini, semalam.

Beliau menambah, seramai 322 tahanan disaring di mana 156 tahanan positif (79 rakyat Malaysia dan 77 bukan warganegar­a Malaysia) dan 166 masih menunggu keputusan makmal.

“Manakala 131 orang kakitangan Penjara Pusat Sri Aman disaring dan sehingga hari ini, tiga orang didapati positif, lapan negatif dan 120 keputusan masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberitah­u, Penjara Pusat Sri Aman telah diwartakan sebagai PKRC untuk kes positif melibatkan tahanan.

Manakala dewan di penjara tersebut katanya, digunakan sebagai PKRC untuk kakitangan yang positif.

“Kes ini telah membuktika­n bahawa virus COVID19 ini semakin menular apabila penjarakan fizikal tidak dapat diamalkan.

“Inilah yang berlaku di Penjara Pusat Sri Aman. Tahanan yang duduk seramai 30 orang sebilik tidak dapat mengamalka­n penjarakan fizikal. Di sinilah virus ini senang merebak. Oleh sebab itu, daripada 322 tahanan atau 48 peratus didapati positif COVID-19,” ujarnya.

Sementara itu, Kluster Sungai Mupong di Meradong mencatat sembilan kes manakala kluster Sungai Rassau di

Matu mencatat dua kes.

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytih­arkan satu kluster tamat iaitu Kluster Jalan Ho Pin setelah tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas.

“Susulan daripada penamatan kluster itu, sebanyak 39 kluster yang masih aktif setakat ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 11 kluster melaporkan terdapat penambahan kes manakala 28 kluster lagi tidak ada penambahan kes,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia