Utusan Borneo (Sabah)

Negara perlukan ‘ramuan’ politik baharu utamakan kepentinga­n rakyat: Rais Yatim

-

SEREMBAN: Negara memerlukan ‘ramuan’ politik baharu yang meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai keutamaan parti dan bukan berkonsepk­an dominan seperti yang wujud sebelum ini, kata tokoh politik veteran Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, parti politik yang bersifat dominan boleh mewujudkan situasi ‘bahaya’ dalam perkembang­an politik tanah air sehingga akhirnya boleh mengabaika­n kepentinga­n rakyat.

“Bila dah dominan kita akan mendominas­i, kita tidak boleh dominasi orang, yang boleh menguasai manusia ialah undang-undang, apa undang-undang kata kita ikut.

“Jadi, tidak perlu ada mana-mana parti dominasi walaupun ahlinya berjuta, sepatutnya lagi ramai ahli kita lagi akur, dan lagi hormat kepada undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Seremban, di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin

Yassin berkata, tiada mana-mana pihak boleh mendakwa parti mereka paling dominan dan lebih berhak untuk memegang tampuk kuasa dengan memperkeci­lkan peranan parti lain selain menyifatka­n ia politik lama.

Dalam pada itu, Rais yang juga Yang Dipertua Dewan Negara menyifatka­n tindakan Muhyiddin yang sedang membangunk­an satu gabungan besar parti politik merupakan gagasan keMalaysia­an yang sangat baik untuk diterima.

Ketua BERSATU Bahagian Jelebu itu juga berkata, setiap pemimpin parti politik harus mempunyai perasaan sayang kepada negara dan menjelmaka­n idea yang menyatupad­ukan kaum di negara ini.

“BERSATU misalnya mempunyai sayap bukan Bumiputera, PAS pula ada sayap bukan Islam ini perkembang­an baik jadi rakanrakan Tionghoa, India dan sebagainya tak perlu susah hati melihat perkembang­an sedemikian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia