Utusan Borneo (Sabah)

Muhyiddin adakan pertemuan dengan Sultan Brunei

-

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah pada 11.10 pagi, Isnin.

Mesyuarat empat mata itu diadakan di Istana Nurul Iman. Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan Perdana Menteri Brunei.

Perbincang­an meliputi perkembang­an hubungan khas yang sedang berlangsun­g, meningkatk­an hubungan dua hala dan meningkatk­an kerjasama pasca-COVID.

Ini, antara lain termasuk perbincang­an mengenai pewujudan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), memulakan kerjasama dalam diplomasi vaksin antara kedua-dua negara dan mempromosi­kan kerjasama erat dalam bidang ekonomi serta isu serantau dan antarabang­sa.

Hari ini merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 MalaysiaBr­unei Darussalam.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal Bolkiah kemudian akan menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham (MoU) dan perjanjian.

MoU mengenai kerjasama dalam pengurusan bencana antara dua negara akan ditandatan­gani oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Menteri Hal EhwalLuarN­egeriKedua­Brunei Datuk Seri Setia Awang Haji

Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

Perjanjian­Penyatuana­ntara Petronas dengan Sekretaria­t Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) dalam sektor minyak dan gas pula akan dimeterai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik

Tengku Aziz dan pemangku Menteri Tenaga Brunei Datuk Seri Paduka Awang Haji Matsatejo Sokiaw.

Selepas itu, Muhyiddin akan menghadiri ‘Santap Rasmi’ yang akan dihoskan oleh Sultan Hassanal Bolkiah di istana sebelum mengakhiri lawatan rasminya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia