Utusan Borneo (Sabah)

Hamzah beri enam bulan siapkan kuarters Balai Polis Inanam

- Oleh Amir Anuar

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Panglima Hamzah Zainudin tidak berpuas hati dengan kemajuan projek kuarters 15 tingkat dengan kapasiti 102 unit rumah untuk pegawai dan anggota polis di Balai Polis Inanam.

Kenyataan berkenaan diberikann­ya berikutan kelewatan kerja-kerja kontraktor membangunk­an projek kuarters polis terbabit yang kini baharu memasuki tahap kemajuan 50 peratus siap.

“Kita harap projek ini dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan dan saya tidak gembira kerana masa serahannya terpaksa ditangguhk­an,” katanya, semasa melawat tapak itu di sini, semalam.

Hamzah berkata, projek terbabit sepatutnya diserahkan kepada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) pada penghujung tahun lepas namun sekarang sudah tertangggu­h beberapa bulan.

Menurutnya, kontraktor ada mengemukak­an alasan kelewatan akibat penguatkua­saan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan beberapa isu teknikal yang perlu mereka atasi.

“Saya sudah meminta mereka menyediaka­n kertas kerja dan akan bawa untuk penilaian jawatankua­sa (teknikal) kerana kalau boleh kita tidak perlu gantikan dengan kontraktor baharu.

“Saya mahu projek ini dapat disiapkan dalam tempoh enam bulan, lagipun kemajuanny­a sekarang sudah mencapai hampir 10 tingkat, hanya lima tingkat lagi perlu disiapkan,” katanya.

Menyentuh projek pejabat pentadbira­n dan lokap Balai Polis Inanam pula, menteri itu berpuas hati dengan kemajuan projek terbabit yang dijadual diserahkan kepada KDN pada bulan hadapan.

“Balai Polis Inanam adalah balai polis termoden yang pernah didirikan di Sabah,” katanya, sambil mengesahka­n projek balai itu bernilai RM15 juta, manakala kuarters pula RM40 juta.

 ??  ?? SERIUS: Hamzah yang meninjau kemajuan projek kuarters 15 tingkat di Balai Polis Inanam menuntut komitmen kontraktor untuk menyiapkan­nya dalam tempoh enam bulan. Hadir sama, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
SERIUS: Hamzah yang meninjau kemajuan projek kuarters 15 tingkat di Balai Polis Inanam menuntut komitmen kontraktor untuk menyiapkan­nya dalam tempoh enam bulan. Hadir sama, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia