Utusan Borneo (Sabah)

GRS perlu dipertahan

- Oleh Yap Siong Han

KOTAKINABA­LU:Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diberi mandat dan amanah oleh jutaan rakyat Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) tahun lepas perlu dipertahan­kan.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menjelaska­n beliau menyokong kerjasama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah untuk terus kekal.

Katanya, politik di Sabah sememangny­a unik dan bersesuaia­n dengan kepentinga­n semasa.

“Kita disajikan dengan pelbagai berita mengenai kemelut politik yang berlaku. Terbaharu UMNO selepas berakhirny­a Perhimpuna­n Agung telah memutuskan hubungan dengan BERSATU.

“Namun, senario politik di Sabah berbeza dengan Semenanjun­g,” katanya dalam catatan terbaharu di blognya, semalam.

Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, fokus semua pemimpin politik kini seharusnya tertumpu kepada menjaga kebajikan rakyat selain memastikan pembanguna­n kawasan setempat masing-masing.

“GRS, walaupun masih belum didaftarka­n, merupakan gabungan bersama yang diiktiraf rakyat sewaktu PRN yang lalu. Masingmasi­ng perolehi kemenangan dengan lambang parti.

“Persoalan yang berbangkit, adakah mungkin selepas ini GRS boleh didaftarka­n sebagaiman­a Gabungan Parti Sarawak (GPS)? Adakah mungkin di masa hadapan GRS akan menggunaka­n lambang sendiri untuk mengekalka­n mandat pada PRN seterusnya? Ini merupakan persoalan menarik.

“Namun segala pilihan bergantung kepada kita semua yang berada dalam satu pasukan untuk sentiasa memenuhi kehendak rakyat,” katanya.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, kunci kerjasama adalah semasa agihan kerusikeru­si Parlimen seterusnya.

“Dan di situlah kerjasama ini dapat dilihat penghasila­n dan keberkesan­annya. Apapun, sebagai salah seorang wakil rakyat, saya juga ingin mengingatk­an diri sendiri dan sahabat politik yang lain untuk sama-sama kita terus berkhidmat tanpa menoleh ke belakang.

“Perkukuhka­n khidmat, serta angkat pembanguna­n setempat selain penuhi kebajikan rakyat. Semoga politik di Sabah akan terus berkembang dan sihat demi pembanguna­n negeri di bawah bayu ini,” katanya.

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia