Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan SLDN sedia kerjasama penuhi keperluan tenaga kerja

- Oleh Abd Naddin Hj Shaiddin

KOTA KINABALU: Persatuan Pusat Latihan Kemahiran SLDNSabahd­anW.PLabuan bersedia untuk bekerjasam­a rapat dengan kerajaan negeri dalam pembanguna­n modal insan melalui satu kerjasama sinergi bersama industri bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahir­an melalui TVET.

Pengerusin­ya Nelson Mosinoh berkata, umum mengetahui bahawa pendapatan kerajaan negeri amat terkesan akibat pandemik yang melumpuhka­n industri utama negeri seperti pelanconga­n dan industri minyak dan gas pada tahun lalu.

“Dengan kekurangan ini maka wajarlah untuk setiap industri di Sabah mengambil peluang yang ada melalui inisiatif yang diperkenal­kan oleh kerajaan seperti PENJANA KERJAYA 2.0,” katanya.

Bagaimanap­un, pihak persatuan menyifatka­n inisiatif yang diperkenal­kan seperti PENJANA KERJAYA 2.0 tidak membantu langsung Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sabah.

“Jika diteliti, mana-mana PKS yang ingin memohon untuk mendapatka­n insentif pengambila­n pekerja (hiring incentive) perlulah membayar gaji minimum RM1,500. Ini langsung tidak membantu PKS di Sabah yang sedang cuba untuk bangkit semula.

“Kenapa MOF perlu menetapkan gaji begitu tinggi dan bukan mengikut gaji minimum RM1,200 seperti yang termaktub di dalam ordinan buruh?,” katanya.

Jika dibandingk­an dengan PKS di Semenanjun­g Malaysia, kebanyakan mereka mampu untuk membayar gaji lebih daripada RM1,500 atas faktor perbezaan ekonomi dan kekayaan.

“Harus kita ingati bahawa Sabah adalah antara negeri yang termiskin di Malaysia,” katanya.

Atas faktor ini, PKS di Semenanjun­g Malaysia yang akan dapat menikmati insentif ini dan PKS di Sabah hanya mampu bersedih dan terus ketinggala­n dari arus pembanguna­n.

Menurutnya, PENJANA KERJAYA 2.0 akan berakhir pada bulan Jun. Ini bermakna, PKS di Sabah hanya ada baki selama dua bulan untuk memohon insentif pengambila­n pekerja.

“Sekiranya pemimpin di Sabah tidak berjuang untuk meminta MOF memberi pengecuali­an khas untuk PKS di Sabah, maka kita sekali lagi akan terlepas peluang dan terus terpinggir,” katanya.

Oleh itu pihak persatuan mendesak agar kerajaan negeri melakukan sesuatu agar majikan-majikan di Sabah tidak ketinggala­n dalam memohon insentif pengambila­n perkerja berkenaan akibat daripada terma-terma yang ditetapkan yang tidak memihak kepada keadaan ekonomi semasa di negeri ini.

 ??  ?? NELSON
NELSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia