Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dinasihat tidak ganggu pili bomba

-

RANAU: Orang ramai dinasihatk­an agar tidak mengganggu pili bomba yang disediakan di sudut strategik kawasan pekan atau kawasan perumahan.

Memandangk­an kemudahan itu amat perlu serta penting sebagai lokasi mendapatka­n punca air apabila berlaku kebakaran bangunan rumah kediaman, permis perniagaan, pejabat kerajaan atau kebakaran semak maka kemudahan pili bomba yang ada itu hendaklah sentiasa dalam keadaan baik.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Ranau Mohd Ridzuan Mohd Taib berkata, kalau pili bomba telah diusik (rosak) maka sudah tentu menyukarka­n pihak bomba untuk menjalanka­n operasi memadam api apabila berlaku kebakaran merugikan semua pihak.

Beliau menyatakan demikian dalam taklimatny­a kepada lima orang Jawatankua­sa

Kesejahter­aan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau yang mengadakan kunjungan hormat kepada Mohd Ridzuan baru-baru ini.

Kunjungan hormat itu yang diketuai Pengerusin­ya Tan Eng Sing merupakan kunjungan terakhir mereka selepas ke pejabat Pegawai Daerah Ranau Syahrin Samsir, ke Pejabat Penerangan Daerah (JaPen) Kenny Thomas, Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau Mac Glen Frederick, Ketua Polis Daerah Ranau DSP. Sammy Newton, Pegawai Eksekutif Majlis Daerah (MDR) Jupirin Haji Ruhimin dan Jabatan Perpaduan Ruzaidi Ibrahim.

Mohd Ridzuan merakam penghargaa­n atas kunjungan itu sebagai ruang dan peluang berkenal mesra antara mereka sekaligus bertukar pendapat demi kebaikan bersama.

Tan Eng Sing juga berterima kasih kepada

Mohd Ridzuan kerana sudi menerima kunjungan hormat yang julungkali diadakan itu.

“Semoga dengan adanya kunjungan ini permuafaka­tan antara JKDB dan pihak bomba akan terjalin erat lagi dan mewujudkan permuafaka­tan yang sejati dan dapat menganjurk­an suatu program ‘Info Bestari’ demi faedah semua pihak khususnya masyarakat umum di Ranau,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Tan (tiga kiri) merakam gambar bersama Mohd Ridzuan (tiga kanan) dan rombongan JKDB Ranau.
KENANGAN: Tan (tiga kiri) merakam gambar bersama Mohd Ridzuan (tiga kanan) dan rombongan JKDB Ranau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia