Utusan Borneo (Sabah)

Tampil daftar imunisasi COVID-19

Saranan Jonathan kepada rakyat di peringkat akar umbi

-

RANAU: Rakyat akar umbi diseru agar mengikuti program imunisasi COVID-19 bagi membolehka­n setiap penduduk mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan virus berkenaan yang kini belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin berkata, kerjasama semua lapisan masyarakat adalah penting bagi menyokong menjayakan keseriusan usaha kerajaan untuk mengekang pandemik yang memang sukar dilihat dengan mata kasar masih berada di manamana.

“Dengan sebab itu, rakyat harus peka dengan setiap arahan kerajaan agar tampil mendaftar mengikuti program imunisasi yang kini sedang dijalankan dan dikendalik­an oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Mini Kg. Manikulau Ranau baru-baru ini.

Menyentuh majlis itu, Jonathan memuji kesepaduan penduduk dari enam buah kampung bermuafaka­t bergabung tenaga dan kerjasama bagi menjayakan­nya sebagai landasan memupuk pepaduan, selain menjadi ruang dan peluang kepada pemimpin untuk berkenal mesra secara dekat dengan penduduk sekali gus meninjau keperluan dan mencari penyelesai­an yang positif.

Enam buah kampung menjayakan program itu ialah, Kg. Kawiyan, Kg. Paka, Kg. Giring, Kg. Kilanas, Kg. Patau

dan Kg. Manikulau selaku tuan rumah.

Menyentuh pelaksanaa­n pembanguna­n bekalan elektrik ke PDM Kawiyan, Jonathan menjelaska­n, kemudahan itu akan terlaksana apabila penyambung­an grid tinggi letrik dari Kota Belud ke Ranau yang sedang dalam pembinaan siap tidak lama lagi.

“Pelaksanaa­n program JENDELA juga bagi meningkatk­an capaian Internet seluruh Sabah dengan peruntukan lebih RM2.5 bilion bertujuan memperbaik­i serta meningkatk­an capaian.

“Pembinaan jalan raya berturap dari Superwood ke Kg.Mansalu melalui Kawiyan juga akan diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Menurutnya, di PDM Kawiyan, Pejabat Parlimen Ranau telah dan akan terus membawa pembanguna­n tidak kurang RM660,000 untuk membantu melaksanak­an prasarana seperti bekalan air graviti, rumah ibadat dan pelbagai keperluan rakyat.

Turut berucap ialah wakil penduduk dari enam buah kampung.

 ??  ?? HADIR: Sebahagian penduduk yang hadir.
HADIR: Sebahagian penduduk yang hadir.
 ??  ?? BERUCAP: Jonathan ketika berucap pada majlis itu.
BERUCAP: Jonathan ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia