Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna perlu sentiasa peka terhadap aspek keselamata­n elektrik

- Oleh Yap Siong Han

MATUNGGONG: Orang ramai perlu sentiasa peka dengan aspek keselamata­n elektrik di kediaman masing-masing.

Pengarah Kawasan Suruhanjay­a Tenaga (ST) Pantai Barat Sabah Jefrey Nuri berkata, pendawaian elektrik perlu dilaksanak­an berpanduka­n kepada piawaian teknikal yang telah ditetapkan oleh ST.

Katanya, bagi mengelakka­n kes-kes kemalangan, elektrik Peranti Arus Baki (PAB) harus sentiasa diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi memutuskan litar sekiranya terjadi kebocoran arus.

“Masyarakat perlu mengetahui kepentinga­n komponen Peranti Arus Baki (PAB) dalam sistem pendawaian elektrik yang mampu melindungi pengguna daripada renjatan elektrik sekiranya berlaku kebocoran arus atau litar pintas,” katanya pada majlis penutupan Program TouchPoint 2020 di Matunggong di sini, kelmarin.

Dalam program ini, kirakira 20 buah rumah sekitar daerah Matunggong telah dilakukan pemeriksaa­n dan pembaikan sistem pendawaian elektrik.

Jefrey berkata, kajian yang dijalankan oleh ST mendapati kebanyakan kes kemalangan dan kebakaran yang berlaku berpunca daripada kecuaian pengguna yang tidak mengambil berat soal pendawaian elektrik yang selamat dan alat perlindung­an yang sempurna.

“Justeru, ST mengambil inisiatif untuk menjayakan program-program kesedaran dan kemasyarak­atan bagi meningkatk­an pemahaman orang ramai mengenai kepentinga­n PAB.

“Ini kerana PAB memerlukan pengujian secara berkala bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan baik dan dapat melindungi nyawa. Suruhanjay­a Tenaga (ST) meneruskan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan memeriksa dan menambahba­ik sistem pendawaian elektrik bagi 20 buah rumah lagi di sekitar Matunggong, Kota Marudu melalui program yang dinamakan sebagai Touchpoint,” katanya.

 ??  ?? KENANGAN: Warga ST merakam gambar kenangan selepas majlis penutupan Program TouchPoint 2020.
KENANGAN: Warga ST merakam gambar kenangan selepas majlis penutupan Program TouchPoint 2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia