Utusan Borneo (Sabah)

Pengisytih­aran Sarawak sebagai wilayah belum diperjelas

Apakah signifikan sebenar kepada Sarawak apabila diisytihar wilayah oleh PM baru-baru ini, persoal Baru

- BARU

KUCHING: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mempersoal­kan signifikan sebenar kepada Sarawak apabila ia diisytihar sebagai wilayah atau ‘region’ oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatan kerjanya ke negeri ini baru-baru ini.

Muhyiddin semasa berucap pada satu majlis itu merujuk Sarawak sebagai wilayah dan bukan sekadar sebuah negeri di Malaysia.

“Apakah yang bakal berubah dengan pengisytih­aran ini? Paling penting, apakah status kita dalam Persekutua­n? Adakah beliau (Muhyiddin) mengiktira­f status pra1976 kita (Sarawak) atau adakah beliau memberi kita status baharu, masih belum diperjelas­kan?

“Ia seperti beliau telah memberi nama baharu kepada kita (Sarawak) sebagai ‘wilayah’ tetapi status kita masih sebagai salah satu negeri dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Baru yang juga Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), rakyat negeri ini mahu tahu apa yang telah dilakukan oleh tiga jawatankua­sa kerja dalam Majlis Khas Perikatan Nasional (PN) mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sejak ia ditubuhkan.

Beliau berkata semasa kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH), 17 isu berjaya diselesaik­an dan kini tinggal empat isu utama perlu diselesaik­an menerusi rundingan antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Baru berkata inilah masa terbaik untuk Sarawak dan Sabah menuntut semua haknya di bawah MA63 termasuk menaikkan royalti minyak, tidak hanya dihadkan kepada 20 peratus memandangk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong Muhyiddi n menjadi Perdana Menteri dan GPS rakan dalam gabungan PN.

“Royalti minyak, saya percaya salah satu daripada empat isu yang masih belum diselesaik­an, perlu dibincangk­an secara langsung dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah.

“Bagi Sarawak, sehingga kini, jawatankua­sa negeri belum mendedahka­n kepada rakyat Sarawak mengenai kajian mereka hasil ‘lawatan’ ke London pada 2017.

“Apakah pengesyora­n dan strategi pasukan perudangan bagi menegas serta menuntut kembali hak-hak kita yang telah hilang bertahun-tahun?, soalnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan itu mendakwa pada 2019 kerajaan PH mengusulka­n pindaan ke atas Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n dibuat bagi mengembali­kan kata-kata asal adalah peluang terbaik mengembali­kan status Sarawak dan Sabah tetapi usaha itu digagalkan oleh GPS.

Beliau menambah, Muhyid di n tidak menawarkan apa-apa apabila menggelar Sarawak sebagai wilayah.

“Biar beliau mengisytih­arkan status kita

Apakah yang bakal berubah dengan pengisytih­aran ini? Paling penting, apakah status kita dalam Persekutua­n? Adakah beliau (Muhyiddin) mengiktira­f status pra-1976 kita (Sarawak) atau adakah beliau memberi kita status baharu, masih belum diperjelas­kan? ” Baru Bian Ahli Parlimen Selangau

sebagai negeri yang autonomi dan memberi kita apa yang benar-benar milik kita, jika beliau ikhlas,” ujarnya.

Baru juga bertanya, adakah rakyat Sarawak boleh mempercaya­i Perdana Menteri dan GPS kali ini.

“Saya percaya rakyat Sarawak cukup matang dalam politik dan menyedari ‘bicara kosong’, kebiasaan bagi pemimpin PN. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata. Wilayah, negeri, apa bezanya?” soalnya lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia