Utusan Borneo (Sabah)

Program IOW merupakan pembudayaa­n norma baharu

-

BINTANGOR: Program Info On Wheels (IOW) merupakan pembudayaa­n norma baharu kerana ia berperanan menangkis berita palsu yang tular melalui sosial media.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, program IOW merupakan medium terbaik dan berkesan menyampaik­an maklumat sahih terus kepada masyarakat khususnya berita palsu tentang suntikan vaksin COVID-19.

“Program seperti ini amat penting sekurang- kurangnya masyarakat di luar bandar mendapat input serta maklumat sahih mengenai kepentinga­n suntikan vaksin COVID-19.

“Sejak akhir-akhir ini, ada masyarakat bimbang dengan Program Vaksinasi COVID19 akibat penyebaran beritaberi­ta palsu di laman sosial.

“Justeru, dengan penganjura­n program seumpama ini dapat memberi maklumat bermanfaat kepada masyarakat dan menjawab segala kekeliruan berlaku,” katanya pada program IOW daerah Meradong anjuran

Pejabat Penerangan Daerah Meradong, semalam.

Pengisian program itu ialah ceramah norma baharu, Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan, pusat maklumat rakyat, soal jawab bersama penduduk dan penyerahan bahan penerbitan.

Menurut Ding, penganjura­n program seumpama ini wajar diperluask­an ke kawasan luar bandar.

“Kita mahu masyarakat faham dan jelas berkaitan usaha kerajaan menggalakk­an rakyat mendapatka­n suntikan vaksin.

“Usaha pemvaksina­n ini amat penting jika kita ingin memulihkan semula sosioekono­mi terjejas dan menikmati sua nana kehidupan seperti dahulu,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Meradong Morsidi Zaidil, Pegawai RELA Daerah Meradong Shawal Luden dan wakil jabatan kerajaan.

 ??  ?? TURUN PADANG: Ding menghadiri program IOW anjuran Jabatan Penerangan Daerah Meradong semalam.
TURUN PADANG: Ding menghadiri program IOW anjuran Jabatan Penerangan Daerah Meradong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia