Utusan Borneo (Sabah)

Swinburne Sarawak program baharu Bacelor Media dan Komunikasi

-

KUCHING: Program ijazah sarjana muda yang membolehka­n pelajar membuat pilihan kombinasi subjek media sosial dengan reka bentuk, pemasaran, pengurusan dan teknologi maklumat merupakan salah satu daripada ciri-ciri utama program baharu Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) iaitu Bacelor Media dan Komunikasi.

Swinburne Sarawak dalam kenyataan berkata, program tiga tahun itu sesuai untuk pelajar yang berminat menceburi industri media, komunikasi dan multimedia.

Graduan program ini nanti berpotensi bekerja sebagai pembuat kandungan, penganalis­is media sosial, pengurus/strategis jenama, pengurus/pengarah komunikasi, pengurus perhubunga­n awam, eksekutif pemasaran atau juga sebagai pembangun aplikasi.

Dengan menggabung­kan ilmu teori dan praktikal serta kemahiran yang diperlukan dalam persekitar­an yang berbeza, program ini memberi peluang kepada pelajar mendalami evolusi media melalui isu-isu seperti pemilikan media, kawalan media dan impak teknologi media baharu dalam masyarakat.

Pada Tahun 1, pelajar akan mempelajar­i unit-unit seperti Mengenali Pengajian Media, Budaya Inovasi: Perspektif Sains dan Teknologi, Amalan Komunikasi Profesiona­l, Mencipta Kandungan Media, Industri Media Global dan sebagainya.

Memasuki Tahun 2 pula, pelajar akan mempelajar­i unit-unit seperti Komuniti Digital, Media Nasional Dalam Dunia Global, Sukan/ Iklan/Media dan unit-unit lain.

Sementara itu, pada Tahun 3, mereka akan mendalami unit-unit seperti Analitik dan Visualisas­i Media, Projek Media dan Komunikasi (unit Capstone), Penyelidik­an Media Sosial dan lain-lain.

Untuk unit Capstone, pelajar boleh memilih untuk menjalani latihan praktikal atau mengendali­kan projek media seperti filem pendek, seni, kempen iklan atau projek yang berkaitan.

Di dunia yang semakin bergantung kepada dunia digital, memiliki pengetahua­n media sosial merupakan suatu kelebihan untuk para graduan tidak kira industri yang diceburi, baik sektor kerajaan atau swasta.

Mereka akan mampu menyampaik­an informasi dengan lebih efektif apabila berdepan dengan krisis atau mempromosi­kan produk dengan cara yang paling kreatif apabila pasaran antarabang­sa menjadi semakin berdaya saing.

Menurut Pensyarah Kanan Media Sosial Dr Bertha Chin, program baharu ini diperkenal­kan tepat pada masanya selepas pandemik yang melanda kerana program ini menggalakk­an kepelbagai­an kemahiran serta fokus kepada aplikasi media dan platfom yang semakin bertambah dalam kehidupan yang serba bergantung kepada hubungan dalam talian.

“Program ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membangunk­an ekonomi digital yang mampu berkhidmat kepada masyarakat umum dan sektor pelanconga­n dan pertanian.

“Kita memerlukan lebih ramai graduan yang mempunyai kemahiran teknikal dan komunikasi dan kita juga perlu membangunk­an industri kreatif di Sarawak seperti yang dibuktikan dengan pelancaran stesen televisyen Sarawak iaitu TV Sarawak pada Oktober 2020,” katanya.

Di samping itu ujarnya, servis antarabang­sa seperti Netflix dan Disney+ semakin memerlukan khidmat penerbit tempatan untuk mengeluark­an kandungan tempatan yang mampu menarik minat masyarakat.

“Oleh itu, kita memerlukan lebih ramai graduan yang berkemahir­an tinggi dalam pengetahua­n media sosial dan mampu berfikir secara kritis untuk terus membangunk­an bakat-bakat tempatan,” kata Dr Chin.

Tambah beliau lagi, program itu diajar oleh pensyarah yang berkelayak­an tinggi dan memiliki ijazah doktor falsafah, pengalaman dan reputasi mengajar di peringkat antarabang­sa serta bergiat aktif dalam kerjakerja penyelidik­an media.

Pendaftara­n untuk pengambila­n Ogos 2021 kini dibuka. Untuk maklumat lanjut mengenai program tersebut atau proses permohonan, hubungi Kaunselor Pendidikan Swinburne melalui WhatsApp di 019-819 6353 atau e-mel kepada study@swinburne.edu.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari www.swinburne. edu.my, laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram(@ swinburnes­arawak),Twitter(@ Swinburne_Swk)atauYouTub­e (Swinburne Sarawak).

 ??  ?? PERMOHONAN DIBUKA: Mohon sekarang untuk program Bacelor Media dan Komunikasi, pengambila­n Ogos 2021.
PERMOHONAN DIBUKA: Mohon sekarang untuk program Bacelor Media dan Komunikasi, pengambila­n Ogos 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia