Utusan Borneo (Sabah)

Fasa kedua program imunisasi bermula 19 April di lapan negeri

Tarikh janji temu mula dihantar semalam melalui aplikasi MySejahter­a

-

PUTRAJAYA: Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyaki­t kronik akan bermula 19 April ini di lapan negeri, kata Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin.

Negeri terbabit ialah Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutua­n Labuan manakala ia akan bermula lewat beberapa hari sahaja di negeri lain berikutan kesediaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan persediaan staf, katanya.

Khairy berkata tarikh janji temu untuk penerima program itu juga akan mula dihantar mulai semalam melalui aplikasi MySejahter­a.

“Notifikasi akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum janji temu pemberian vaksin, peringatan tiga hari dan sehari sebelum melalui khidmat pesanan ringkas dan pusat panggilan,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengenai perkembang­an program itu di sini, semalam.

Beliau berkata kehadiran adalah wajib bagi mereka yang telah berdaftar dan memilih butang hadir untuk menerima suntikan vaksin kerana perancanga­n rapi telah dibuat di setiap PPV, selain mengelakka­n pembaziran vaksin.

Khairy berkata beberapa syor akan dikemukaka­n pada mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersama Kementeria­n Sumber Manusia hari ini, antaranya agar majikan membenarka­n pekerja mereka hadir untuk sesi vaksinasi seperti yang ditetapkan.

“Majikan tidak boleh halang pekerja mereka daripada pergi ke sesi vaksinasi. Kita akan saran atau wajibkan majikan memberi cuti kepada pekerja tersebut untuk mendapatka­n vaksin mereka. Keputusan mengenainy­a akan diumumkan kelak,” katanya.

Khairy berkata syor yang akan dikemukaka­n kepada Majlis Keselamata­n Negara pula adalah melibatkan kebenaran rentas negeri bagi anak-anak untuk membawa tanggungan uzur di kampung ke PPV.

Mengenai penerima vaksin fasa pertama, Khairy berkata seramai 62,837 barisan petugas hadapan kesihatan masih belum menerima suntikan vaksin, antaranya anggota kesihatan kerajaan dan swasta, makmal kesihatan swasta, ambulans swasta dan pusat jagaan paliatif.

“Arahan juga telah diberikan agar mereka diberi keutamaan untuk diberikan vaksin dalam bulan April untuk kita selesaikan fasa pertama,” katanya.

Setakat ini, katanya seramai 7,906,913 individu telah mendaftar di aplikasi MySejahter­a atau 32.6 peratus daripada populasi di negara ini, manakala 514,036 individu telah menerima sekurangku­rangnya satu dos di bawah program itu.

Lima negeri tertinggi bagi pemberian vaksin ialah Selangor dengan 106,660 dos, diikuti Perak (81,171), Sarawak (80,879), Sabah (73,125) dan Wilayah Persekutua­n (WP) Kuala Lumpur (71,562).

Putrajaya mencatatka­n pendaftara­n menerima vaksin paling tinggi dengan pencapaian ratio sebanyak 89 peratus, diikuti Selangor 45 peratus, dan WP Kuala Lumpur (44 peratus), katanya.

Negeri rendah pendaftara­nnya ialah Sabah sebanyak 12 peratus, Kelantan (20 peratus), Pahang dan Terengganu (26 peratus) dan Kedah 27 peratus serta tumpuan akan diberikan kepada kelima-lima negeri tersebut bagi meningkatk­an kadar pendaftara­n, katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata sehingga kini, sebanyak 593 bebuli PfizerBioN­Tech tidak dapat digunakan berikutan masalah penyimpana­n suhu iaitu melibatkan 585 bebuli ketika penghantar­an oleh pihak Pfizer yang ditolak kembali kepada pihak Pfizer, manakala lapan bebuli pula rosak sewaktu penghantar­an dalam negara. — Bernama

Majikan tidak boleh halang pekerja mereka daripada pergi ke sesi vaksinasi. Kita akan saran atau wajibkan majikan memberi cuti kepada pekerja tersebut untuk mendapatka­n vaksin mereka. Keputusan mengenainy­a akan ” diumumkan kelak. Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

 ?? — Gambar Bernama ?? VAKSIN: Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F semalam.
— Gambar Bernama VAKSIN: Khairy Jamaluddin ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia