Utusan Borneo (Sabah)

Tragedi feri kecil karam di Bangladesh

Lima maut, ramai masih hilang selepas pertembung­an di tengah sungai

-

DHAKA: Lima maut dan para pekerja penyelamat giat mencari puluhan mangsa yang masih hidup selepas sebuah feri kecil yang dipenuhi lebih 50 penumpang karam setelah bertembung dengan sebuah bot lain di sebatang sungai utama di Bangladesh kelmarin, menurut pihak berkuasa.

Feri itu karam di sungai Shitalakhs­ya kira-kira jam 6 petang waktu tempatan selepas meninggalk­an bandar pusat perindustr­ian Narayangan­j, 20 kilometer dari bandar utama Dhaka, untuk ke daerah berhampira­n Munshiganj, pihak berkuasa memaklumka­n AFP.

Inspektor polis tempatan menyatakan feri itu dipenuhi dengan penumpang yang ingin segera meninggalk­an Narayangan­j selepas kerajaan mengesahka­n kawalan pergerakan selama tujuh hari di seluruh negara bermula semalam bagi menangani peningkata­n terbaharu kes COVID-19.

“Angka kematian adalah lima,” kat pentadbir kerajaan Narayangan­j Shukla Sarker sambil menjelaska­n lanjut bahawa beberapa penyelam dari jabatan bomba menjalanka­n usaha mencari mangsa yang masih hidup.

Sarker menyatakan 11 mangsa berjaya diselamatk­an dan beberapa penumpang lain mungkin telah berenang ke tempat yang selamat di bahagian lain di sungai tersebut.

“Justeru itu, kami tidak mengetahui dengan tepat jumlah mangsa yang masih hilang,” beliau memberitah­u AFP.

Ketua polis tempatan Dipak Saha menyatakan usaha menyelamat terjejas akibat ribut yang sangat kuat melanda selepas kemalangan tersebut.

Di bawah kawalan pergerakan, semua perkhidmat­an perjalanan domestik termasuk bas, feri, kereta api dan pesawat dihentikan bermula semalam.

Kedai dan pusat beli-belah ditutup selama seminggu dan perintah berkurung waktu malam dilaksanak­an.

Perniagaan sektor awam dan swasta dimaklumka­n untuk hanya mempunyai kakitangan yang diperlukan dalam pejabat mereka.

Kemalangan feri sering berlaku di Bangladesh, negara delta yang berselirat dengan ratusan sungai.

Berjuta-juta penduduk bergantung sepenuhnya dengan feri bagi pengangkut­an terutama di wilayah pantai selatan, namun perkhidmat­an tersebut memiliki rekod keselamata­n yang kurang baik.

Pakar mempersala­hkan kapal yang kurang diselengga­rakan, tahap keselamata­n yang tidak ketat di pangkalan kapal dan muatan berlebihan sebagai kebanyakan punca nahas.

Pada Jun tahun lepas, sebuah feri karam di Dhaka selepas dilanggar dari belakang oleh sebuah feri lain, dengan sekurang-kurangnya 32 orang maut.

Pada Februari 2015, sekurang-kurangnya 78 maut apabila sebuah kapal melebihi muatan bertembung dengan sebuah kapal kargo di sebatang sungai di tengah Bangladesh.

Jumlah kemalangan menurun mendadak sejak beberapa tahun ini ketika pihak berkuasa bertindak tegas terhadap kapal yang tidak boleh belayar lagi. — AFP

 ??  ?? GIAT: Orang ramai dan sanak saudara mangsa menyaksika­n usaha sebuah kapal penyelamat untuk menimbulka­n semula feri yang karam di Sungai Shitalaksh­ya di Narayangan­j, semalam. — Gambar AFP
GIAT: Orang ramai dan sanak saudara mangsa menyaksika­n usaha sebuah kapal penyelamat untuk menimbulka­n semula feri yang karam di Sungai Shitalaksh­ya di Narayangan­j, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia